Pendakwah muda perlu berpijak dibumi yang nyata

Pendakwah muda perlu berpijak di bumi yang nyata

PENDAKWAH muda yang lahir dari program realiti seharusnya menunjukkan sikap dan teladan yang baik kepada orang ramai. – GAMBAR INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PROGRAM realiti keagamaan yang bermula sejak 2010 berjaya melahirkan ramai pendakwah dalam kalangan anak muda sekali gus dilihat sebagai representasi utama kaedah dakwah, bukannya pendakwah plastik  yang cakap tidak serupa bikin.

Sepatutnya pendakwah muda menonjolkan identiti madrasah kepada masyarakat Islam. Sebagai seorang pendakwah, mereka harus menyedari dan memastikan setiap gerak geri atau tutur kata terutama di media sosial dijaga. Ini kerana mereka adalah suri teladan bagi anak muda atau remaja.

Saranan ini berikutan sejak kebelakangan ini, kita disumbatkan dengan cerita-cerita negatif termasuk adanya laporan polis atas dakwaan mereka melakukan amang seksual terhadap remaja.

Berita seperti ini amat mengecewakan memandangkan pendakwah terlibat itu begitu dikenali dan menjadi idola pengikutnya di laman sosial. Lebih malang, tindakan mereka menyebabkan ustaz-ustaz yang menyampaikan kuliah atau ceramah di masjid turut terkena tempiasnya.

Rakyat bukan sekadar kecewa dengan tindakan beberapa pendakwah muda yang terlibat dengan jenayah seksual tetapi ada kalanya ceramah yang disampaikan oleh mereka tidak serupa bikin.

Contohnya, seorang penceramah bebas yang lahir dari sebuah program realiti pernah menyatakan tugas mengurus rumah adalah tanggungjawab suami sehingga ia mengundang kemarahan serta debat dalam kalangan netizen. Kata-kata itu seperti tidak kena dengan dirinya yang dikatakan sibuk menyampaikan ceramah di merata tempat dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Jadi, di mana tugasnya sebagai suami dalam menguruskan urusan berkaitan rumah tangga?

Oleh itu, bila bercakap, tengok-tengoklah cermin terlebih dahulu dan berpijaklah di bumi yang nyata apabila menyentuh tentang hal ehwal keluarga atau masyarakat. -UTUSAN

MUZAKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya