Wajar pisahkan sukan daripada orang politik - Utusan Malaysia

Wajar pisahkan sukan daripada orang politik

RAMAI terkejut dengan pendedahan campur tangan politik dalam Sukan Malaysia (Sukma). – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong meluahkan rasa kecewa beliau apabila beberapa jenis sukan akan digugurkan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-20 yang bakal berlangsung di sekitar Lembah Klang pada September ini.

Beliau dalam perkongsian di Twitter memaklumkan, acara itu termasuk terjun yang menjadi sasaran pingat emas bagi Sarawak tidak tersenarai atas sebab politik. Pendedahan beliau mengejutkan ramai pihak kerana ini kali pertama terjadi dalam sejarah Sukma.

Namun, saya tidaklah begitu terkejut dengan berita sensasi tentang industri sukan negara memandangkan semenjak Kementerian Belia dan Sukan diterajui orang baharu, pelbagai masalah timbul akibat ketidakcekapan dalam mengendalikan kementerian tersebut.

Saya hairan dengan sikap pemimpin terbabit yang sering memberi jawapan selamat tanpa ada penyelesaian jangka panjang berkenaan isu-isu dibangkitkan.

Pada pendapat saya, seorang menteri perlu menggunakan kuasa beliau untuk memisahkan persatuan sukan daripada terus dipegang oleh orang-orang politik. Ia sedikit mengecewakan kerana tiada jaminan daripada menteri untuk hal berbangkit seperti ini.

Sebelum ini, kes gangguan seksual, diskriminasi dalam sukan dan pelbagai lagi isu yang menyelubungi kementerian itu seolah-olah tiada apa-apa tindakan lanjut dibuat untuk mengenal pasti masalah ‘akar’ yang berlaku.

Kita mempunyai ramai permata negara, namun disia-siakan bakat mereka hanya kerana politik dalaman. Oleh itu, saya menuntut menteri memberi komitmen penuh untuk menyelamatkan industri sukan negara.

Memberi jawapan selamat tanpa tindakan proaktif hanya akan menimbulkan lebih banyak masalah pada masa akan datang. – UTUSAN

YUSLAINI AZMI, Setiausaha Keadilan Batu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.