Uptown Hype di Mines bagai hidup segan mati tak mahu

Uptown Hype di Mines bagai hidup segan mati tak mahu

DERETAN gerai di bazar Uptown Hype di Mines, Seri Kembangan yang terpaksa ditutup kerana tidak menjana pendapatan peniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merupakan peniaga di Uptown Hype di Mines, Seri Kembangan, Selangor sejak beberapa bulan lalu.

Namun, saya agak terkilan apabila pihak penganjur bazar seakan lepas tangan melihat keadaan peniaga yang seperti ‘penunggu’ apabila kurang dikunjungi orang ramai walaupun pada hujung minggu.

Hal ini menyebabkan pendapatan kami terjejas dan dalam masa sama masih perlu membayar sewa bulanan antara RM850 hingga RM950 sebulan.

Saya melihat tiada inisiatif promosi daripada penganjur untuk menarik pengunjung. Bukannya mereka tidak sedar bahawa hari demi hari semakin banyak premis terpaksa ditutup dan gulung tikar. Malah saya sudah mula mendengar desas- desus lebih ramai peniaga akan tarik diri daripada terus berniaga di situ.

Difahamkan ada lebih 100 gerai, namun kira-kira 40 buah ditutup kerana tidak menjana pendapatan. Malah, harga parkir kenderaan juga agak mahal iaitu RM3. Sepatutnya ia diberikan percuma seperti bazar-bazar lain. Cara ini mungkin boleh menarik ramai pengunjung.

Seingat saya, bazar ini kali terakhir dikunjungi ramai pengunjung dan agak meriah pada bulan puasa dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Melihat laman Facebook penganjur, bazar ini merupakan bazar lewat malam terbesar di Malaysia merangkumi pelbagai aneka jualan makanan dan minuman selain pakaian harian lelaki dan perempuan, kasut dan pakaian terpakai, pakaian sukan dan jersi, barangan tradisional.

Saya berharap pihak penganjur dapat memikirkan dan melakukan sesuatu untuk menarik kehadiran pengunjung agar kami sebagai peniaga dapat terus mencari sumber rezeki.-UTUSAN

PENIAGA TERJEJAS
Seri Kembangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya