Takkan setiap kali menang dapat imbuhan? - Utusan Malaysia

Takkan setiap kali menang dapat imbuhan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan imbuhan buat skuad Harimau Malaya setelah mereka layak secara merit ke Kejohanan Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, pengumuman itu mendapat reaksi pelbagai daripada warganet. Ada yang bersetuju, namun golongan yang membantah lebih mendominasi.

Imbuhan tersebut dikatakan kononnya akan menaikkan lagi semangat juang para pemain untuk terus fokus dan bermain dengan bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan lebih baik di Piala Asia 2023 kelak.
Namun, sedarkah bahawa imbuhan ini seolah-olah menganaktirikan kejayaan sukan-sukan lain?

Menerusi tinjauan di Facebook, sehingga hari ini isu berkaitan imbuhan untuk skuad bola sepak negara masih hangat diperkatakan.

Sepatutnya imbuhan tersebut diberi secara adil dan sama rata kepada semua acara sukan yang telah mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi. Contohnya, sukan terjun menjadi kuasa besar di Sukan SEA apabila Malaysia muncul juara keseluruhan. Malaysia memegang status berkenaan buat kali kesembilan berturut-turut sejak 2005.

Begitu juga jaguh sukan berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 dan kejayaan skuad hoki lelaki kebangsaan mengesahkan tiket di Piala Dunia 2023. Bukankah mereka juga layak diberikan imbuhan?

Saya berpendapat adalah lebih baik kerajaan menyalurkan imbuhan itu kepada institusi yang mentadbir sukan. Pertimbangkan semula keputusan memberi imbuhan kepada para pemain Harimau Malaya kerana masih terlalu awal untuk meraikan kerana mereka belum lagi berhadapan Kejohanan Piala Asia 2023.-UTUSAN

SYARNIEZA NARISHA HARIS
Pelajar Komunikasi Tahun Tiga
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya