Sepatutnya persoal hubungan Pas-DAP

Sepatutnya persoal hubungan Pas-DAP

MUHAMMAD Faiz Fadzil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan yang dibuat oleh anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor iaitu Muhammad Faiz Fadzil yang mempersoalkan ahli-ahli Parlimen Pas menyokong pelanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA selama lima tahun lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir itu mengingatkan Pas bahawa Islam melarang umatnya daripada cenderung kepada perkara yang zalim selain menyifatkan tindakan parti itu bertentangan dengan hak dan kebebasan individu.

Dalam pada itu, bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd. Khairuddin Aman Razali tampil mempertahankan tindakan Pas yang menyokong SOSMA dengan menyifatkan ia tidak bercanggah dengan Islam, apabila isu tahanan untuk siasatan masuk dalam kategori siasah syariah (tadbir urus), iaitu terserah kepada pemerintah berdasarkan kepentingan orang ramai.

Sementara Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, Pas hanya menyokong sesuatu yang tidak membawa mudarat kepada negara berdasarkan dasar umum parti selepas parti itu menukar keputusan dengan menyokong pelanjutan penguatkuasaan SOSMA.

Ketika sidang Dewan Rakyat pada 26 Julai lalu, pembangkang gagal dalam usaha menyekat usul berkenaan semasa undi belah bahagi apabila 111 ahli Parlimen mengundi menyokong termasuk undi daripada wakil rakyat Pas. Sementara sebanyak 88 mengundi menentang manakala 21 lagi tidak hadir.

Sepatutnya Muhammad Faiz mengulas atau mempertikaikan tindakan parti politik Islam itu bersekongkol dengan DAP yang secara jelasnya menentang hukum-hukum Islam.

Secara umumnya, maksud menentang hukum-hukum Islam bermakna menentang Allah SWT dan Rasul-Nya. Jadi, jika dilihat, manakah kesalahan yang lebih besar, menyokong SOSMA atau menentang hukum Islam?-UTUSAN

BEKAS AHLI PAS
Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.