Pilih yang baik atau yang jahat?

Pilih yang baik atau yang jahat?

HANYA rakyat akan menentukan siapa yang bakal mentadbir negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESTABILAN politik Melayu adalah penentu arah tuju bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan negara. Kaum lain tiada masalah untuk berada dalam pentadbiran kerajaan Melayu kerana semenjak hari pertama merdeka, kerajaan Malaysia ialah kerajaan Melayu. Kerajaan berjaya kemajuan negara dengan semua kaum hidup selesa, mendapat pendidikan yang baik, boleh berniaga dan membina kekayaan tanpa halangan serta hidup dalam keadaan harmoni.

Semenjak timbulnya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada sekitar 2015, orang Melayu mula dimalukan dan negara ditertawakan dunia. Keadaan politik Melayu mula menghadapi cabaran. Ditambah gerakan pengkhianatan mandat rakyat melalui ‘Langkah Sheraton’ pada 2020.

Maka selayaknya jika dikatakan, segolongan Melayu yang mencuri duit rakyat, menjatuhkan maruah Melayu, mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, menggunakan agama untuk kepentingan sendiri, mengkhianati mandat rakyat adalah golongan Melayu ‘jahat.’

Suasana politik Melayu pada hari ini dilihat telah berpecah kepada beberapa kumpulan sehingga ramai menjadi keliru. Ditambah pula masalah dalaman beberapa parti politik yang terlihat menghadapi rebutan kuasa. Ini semua menjadikan rakyat bertambah tidak berminat.

Namun, hanya kuasa rakyat yang boleh membetulkan keadaan negara sekarang. Jadi, janganlah putus asa dengan politik kerana kita menentukan siapa yang mentadbir negara. Tidak lama lagi akan tiba kembali tanggungjawab yang dituntut daripada semua rakyat untuk membuat pilihan dan menentukan kepimpinan negara. Tetapi nak pilih yang mana?

Tidak perlu merumitkan pemikiran kerana pilihan hanya ada dua, sama ada yang baik atau yang jahat boleh mengembalikan maruah, kelangsungan Melayu, kemajuan dan kemakmuran negara.

Maka pilihlah yang mana dirasakan sesuai dan layak. Pastikan tidak tersalah pilih golongan Melayu jahat.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Majlis Eksekutif Pusat
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya