Perkukuh hubungan politik, ekonomi Malaysia-China - Utusan Malaysia

Perkukuh hubungan politik, ekonomi Malaysia-China

CHINA kini merupakan antara pelabur asing terbesar di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran Facebook pada 12 Julai lalu setelah menerima kunjungan hormat Penasihat Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi menyuarakan hasrat untuk mengadakan lawatan rasmi ke China.

Beliau berharap dapat melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang dalam masa terdekat. Sebelum ini, Ismail Sabri menggariskan tiga bidang yang belum diterokai sepenuhnya untuk mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-China.

Bidang tersebut melibatkan ekonomi digital, Revolusi Perindustrian Keempat dan pelaburan yang menerima pakai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

SDG menetapkan 17 matlamat yang perlu dicapai menjelang 2030 termasuk membasmi kemiskinan, akses kepada tenaga bersih dan penggunaan sumber secara bertanggungjawab.

Malaysia berada pada kedudukan teratas sebagai rakan komersial China di ASEAN selama tujuh tahun berturut-turut sehingga 2016 apabila Vietnam mengatasinya.

Bagaimanapun, China kini merupakan antara pelabur asing terbesar di Malaysia dan akan terus memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi negara.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebelum ini menyatakan China adalah pelabur asing terbesar dalam sektor pembuatan dengan nilai pelaburan RM43.6 bilion sejak 2016. – UTUSAN

DR. SHARULSHAHIDA SHAKREIN SAFIAN, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya