Peniaga kecil dalam dilema

Peniaga kecil dalam dilema

TERDAPAT kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) di bawah perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU kenaikan harga barang dan penarikan subsidi beberapa bahan mentah bukan sahaja meresahkan pengguna malah membebani sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) terutama peniaga makanan dan barangan runcit.

Peniaga kecil kebanyakannya terjejas teruk sewaktu pandemik Covid-19 dan apabila baru sahaja ingin bernafas semula, mereka kini dibebani pula isu kenaikan harga barang.

Rata-rata mereka terpaksa mengecilkan kuantiti produk atau menaikkan harga susulan kenaikan harga bahan mentah daripada pembekal.

Walaupun pelbagai bentuk bantuan pinjaman dan geran disalurkan untuk memulihkan sektor ekonomi PMKS, masih ramai peniaga kecil yang disasarkan tidak menerimanya akibat birokrasi bank dan agensi kerajaan. Ramai masih dibebani hutang dan kekurangan modal pusingan untuk kembali stabil.

Justeru, Pejuanita Muda menuntut kerajaan melaksanakan pemantauan berterusan agar dana yang disalurkan dapat diurus tadbir dengan baik dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.

Kerajaan perlu mengadakan suatu sistem khas bagi PMKS mendapatkan subsidi bersasar secara terus melalui platform digital untuk pembelian bahan asas terutama kepada pengusaha restoran, peniaga pasar tani dan penjaja.

Sistem subsidi ini perlu dipantau dan diberi had agar tidak diselewengkan dan dibolot syarikat yang tamak.

Sistem subsidi bersasar dan pengawalan harga bahan mentah ini juga perlu dilakukan untuk pembelian dedak, baja dan racun kepada pembekal agar harga minyak sawit, ayam dan makanan asas lain dapat distabilkan.-UTUSAN

JASMIN FARHANA
Exco Keusahawanan
Pejuanita Muda

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya