Kukuhkan kewangan sebelum berkahwin

Kukuhkan kewangan sebelum berkahwin

PELAJAR institusi pengajian tinggi (IPT) yang masih belum memiliki kerja tetap berisiko untuk mengalami masalah kewangan selepas berkahwin. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAHWIN pada usia muda bukanlah sesuatu yang janggal di negara ini. Ia seolah-olah  trend dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dalam Islam, perkahwinan bukan hanya berlandaskan nafsu semata-mata tetapi memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang besar.

Pada hari ini, banyak pasangan muda  membuat keputusan mendirikan rumah tangga terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Fenomena ini dapat dilihat apabila mereka berkongsi foto dan video di media sosial seperti Facebook, TikTok, Twitter dan Instagram. Persoalannya, adakah mereka bersedia dengan status perkahwinan pada usia muda?

Pasangan yang berkahwin muda merupakan penyumbang kepada statistik penceraian di negara ini. Pada 2021, kadar perceraian am bagi lelaki Islam adalah 8.3 bagi setiap 1,000 penduduk lelaki Islam berumur 18 tahun dan ke atas, manakala wanita mencatat 8.7 bagi setiap 1,000 penduduk perempuan Islam berumur 16 tahun dan ke atas.

Bagi saya, perkahwinan pada usia  muda bukanlah sesuatu yang wajar. Waktu ini seharusnya digunakan untuk belajar, membuat tugasan atau dengan erti kata lain, bukan masanya untuk terikat dengan komitmen perkahwinan lebih-lebih lagi ketika faktor kewangan belum kukuh.

Tuntasnya, kejarlah cita-citam dahulu sebelum memasang niat untuk berumah tangga. Penuhkan ilmu di dada supaya lebih bersedia. Jika sudah jodoh, tidak ke mana.-UTUSAN

AISAH JUMFRIZAL

Program Komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.