Bilionair India setuju bayar jutaan dolar tanpa mengaku bersalah di AS - Utusan Malaysia

Bilionair India setuju bayar jutaan dolar tanpa mengaku bersalah di AS

GAUTAM ADANI - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bilionair Gautam Adani dari India, telah bersetuju membayar penyelesaian bernilai jutaan dolar dalam kes mahkamah sivil di Amerika Syarikat (AS) berkaitan dakwaan rasuah, tanpa mengakui bersalah, menurut syarikatnya pada Jumaat.

Pada November 2024 di New York, Adani  dan beberapa orang bawahannya dituduh dengan sengaja mengelirukan pelabur antarabangsa sebagai sebahagian daripada skim rasuah besar.

Adani didakwa terlibat dalam skim dianggarkan bernilai AS$250 juta (RM987 juta) untuk merasuah pegawai India bagi mendapatkan kontrak bekalan tenaga solar yang menguntungkan.

Adani bersama anak saudaranya Sagar Adani bersetuju membayar penalti sivil berjumlah $18 juta (RM71 juta). Beliau menyatakan ia dibuat tanpa mengaku atau menafikan dakwaan dalam aduan sivil itu, menurut surat daripada Adani Green Energy kepada bursa saham Mumbai.

Pembayaran penalti itu berlaku ketika pendakwa AS dilaporkan bakal menggugurkan pertuduhan terhadap Adani, menurut laporan The New York Times.

Surat Adani itu turut menyatakan bahawa keputusan muktamad mahkamah masih belum dikeluarkan dan menyatakan bahawa syarikatnya bukan pihak dalam prosiding tersebut serta tiada pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Perdana Menteri India, Narendra Modi merupakan sekutu rapat Adani, yang membina empayar perniagaan meliputi arang batu, lapangan terbang, simen dan media.

Adani sebelum ini berdepan pelbagai dakwaan penipuan korporat dan kejatuhan saham dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN