Komunikasi korporat laksana program perubahan berpaksikan rakyat

Komunikasi korporat laksana program perubahan berpaksikan rakyat

KELEWATAN mendapat maklum balas terhadap isu-isu atau persepsi semasa yang dibangkitkan oleh netizen melalui media sosial boleh menjejas dan mencemar imej organisasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERHUBUNGAN awam (PR) adalah usaha berterusan yang sengaja dirancang untuk mempengaruhi pendapat umum yang baik dan tanggungjawab bagi pelaksanaan aktiviti berdasarkan kepuasan komunikasi dua arah, menurut Scott M. Cutlip dan Allen H. Center.

Sementara menurut Cutlip, Center dan Broom, PR adalah sebagai fungsi pengurusan berkait rapat usaha untuk membangun hubungan yang saling menguntungkan antara sesebuah organisasi dengan orang awam.

Peranan komunikasi korporat dalam era dunia tanpa sempadan selaras kepesatan teknologi komunikasi. Rakyat hari ini pantas mendapatkan maklumat untuk membantu mereka membuat keputusan dalam menjalani kehidupan seharian.

Peralihan teknologi digital era Revolusi Industri (IR) 4.0 mengubah cara bekerja komunikasi korporat, penguasaan teknologi berkenaan. Melangkah era digital memerlukan tatakelola kerja yang cekap dan dinamik.
Digital PR mempunyai matlamat penyampaian perkhidmatan yang pantas. Segala isu berbangkit perlu jawapan yang pantas. Ia merupakan matlamat dan penghargaan pihak berkepentingan agar dapat dicapai dengan impak tinggi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia menggariskan tiga perkara utama sebagai panduan kepada warganya. Ia dijadikan panduan oleh warga kementerian itu. Tiga perkara yang dimaksudkan adalah supaya warganya menjalankan tugas dengan amanah, sensitif terhadap persekitaran dan kesusahan orang lain dan memberikan perkhidmatan dengan berkesan, selanjutnya bersikap responsif iaitu tindakan yang dilakukan mempunyai jangkaan sasaran terhadap pihak berkepentingan dan akhirnya tindakan secara inovatif atau impak tinggi dapat diberikan kepada rakyat.

Rakyat merupakan pelanggan utama kementerian. Pendedahan terhadap falsafah dasar dan sebagainya meraikan perbezaan masyarakat berbilang kaum. Pengamal komunikasi korporat juga memainkan peranan dalam meningkatkan jalinan kerjasama strategik di peringkat organisasi masing-masing dalam semangat aspirasi Keluarga Malaysia.

Kerajaan diadili oleh rakyat pada setiap lima tahun dalam amalan demokrasi. Justeru, setiap tindakan kerajaan perlu memenangi hati dan jiwa rakyat agar sokongan dapat diterjemahkan dalam kotak undi nanti.
Sehubungan itu, komunikasi korporat perlu memain peranan proaktif dalam menyampaikan maklumat organisasi kepada masyarakat akar umbi serta memudahkan mereka menerima apa juga kerangka pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan kepada rakyat tanpa perlu mempersoalkannya.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.