Khidmat Negara pupuk semangat patriotisme

Khidmat Negara pupuk semangat patriotisme

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pernah diperkenalkan dahulu berjaya menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan anak-anak muda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KHABARNYA, patriotisme akan menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dan sudah semestinya ia akan dikaitkan dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjadi slogan negara di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai nakhodanya. Jika ia adalah satu harapan untuk dijadikan kenyataan atau pelan tindakan, maka ia adalah sesuatu yang abstrak dan tidak mudah diukur.

Dalam bahasa mudah, patriotisme bermaksud cintakan negara dan tanah air. Seseorang berjiwa patriotik akan sentiasa sedia mempertahankan tanah airnya daripada ancaman luar mahupun dalaman.

Timbul juga persoalan, apakah yang akan dilakukan oleh seseorang jika semangat patriotismenya rendah? Lebih penting daripada itu, apakah masyarakat umum dan generasi muda khususnya mempunyai semangat patriotik yang tinggi atau sebaliknya?

Filem Mat Kilau dikaitkan dengan semangat patriotisme dalam kalangan pejuang Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Persoalan yang amat relevan pada saat ini, pada tahap manakah wujudnya semangat patriotisme dalam kalangan generasi anak muda semasa?

Rakyat Singapura boleh dikatakan tinggi semangat patriotisme yang diterapkan melalui program khidmat negara. Malaysia seharusnya mengambil contoh dan menerima pakai kaedah-kaedah yang digunakan melalui pendidikan ilmu Rukun Negara serta melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pernah diperkenalkan dahulu. Di peringkat sekolah, patriotisme boleh dipupuk dan dibina melalui kokurikulum seperti pidato, berpuisi, pementasan drama atau teater serta dibantu kegiatan sastera dan perfileman bercorak patriotik.-UTUSAN

PROFESOR EMERITUS DATUK DR. WAN HASHIM WAN TEH
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia & bekas Ahli Parlimen Gerik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya