Hijrah diri perkasa literasi ilmu dan media

Hijrah diri perkasa literasi ilmu dan media

ILMU penting untuk memartabat dan mempertahankan Islam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ANTARA isu penting yang semakin menular dalam kalangan umat Islam hari ini adalah berkaitan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW selain kes-kes kandungan media sosial yang dilihat seolah-olah telah hilang nilai agama itu.

Justeru, segala isu yang timbul dalam masyarakat secara peribadi adalah disebabkan oleh akal yang tidak dipandu dengan pimpinan wahyu atau bahasa lain, kekurangan ilmu pengetahuan agama sebenar.
Kewujudan ustaz segera yang bermaharajalela mengeluarkan fatwa dan pandangan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat hanya memburukkan situasi. Tidak kurang juga yang membentuk kumpulan berideologikan orang dikatakan sebagai ahli agama atau ustaz. Wujud pula unsur label-melabel antara pengikut dengan guru dan kumpulan yang tidak sealiran pemikiran serta tidak sependapat.

Perkara ini berlaku disebabkan kurangnya literasi ilmu agama yang sebenar dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Boleh jadi juga, wujud pelbagai literatur agama, tetapi tidak berbekas dalam diri penuntut disebabkan tidak fokus kepada proses menimba ilmu atau mendahulukan populariti didukung oleh pengikut yang ramai berbanding berusaha untuk mendalami ilmu agama secara lebih mendalam termasuk berguru dengan guru yang mursyid, bukan bergantung kepada pandangan akal semata-mata.

Literasi media adalah merujuk kepada keupayaan individu dalam mengakses, memahami, menganalisis dan menilai sesuatu kandungan mesej atau maklumat yang diperoleh daripada media serta kematangannya dalam mengendalikan platform daripada media tersebut. Dalam erti kata lain, seseorang mempunyai pengetahuan yang dapat menilai dan menentukan status berita atau maklumat (ilmu) yang diperoleh sama ada benar atau tidak dan adakah ia perlu disebarkan.

Sempena awal Muharam tahun baharu ini, penting sebagai seorang Muslim untuk menghayati segala pengorbanan Nabi SAW dan para sahabat yang berhijrah meninggalkan segala-galanya demi untuk meletakkan tapak yang kukuh bagi perkembangan Islam.

Oleh itu, letakkan azam dan tekad pada tahun ini untuk memastikan agama dan umat Islam terus terpelihara dengan memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan agama yang sebenar serta mempunyai sikap untuk terus berjuang mempertahankan nilai agama dan sanggup berhijrah kerana agama yang dipertahankan semata-mata mengharapkan rahmat Allah.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. KHADHER AHMADI
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya