Gagal merancang jejas prestasi organisasi - Utusan Malaysia

Gagal merancang jejas prestasi organisasi

KESEDARAN tentang kepentingan latihan secara dasarnya berjaya ditanam dalam kalangan majikan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERIKUTAN penambahbaikan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 yang berkuat kuasa 1 Mac 2021, Syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad mencatatkan peningkatan pendaftaran majikan sebanyak 67,125 pada 2021 berbanding 33,000, tahun sebelumnya.

Peningkatan lebih 100 peratus ini memberi petunjuk bahawa latihan dilihat sebagai satu mekanisme penting dalam memastikan daya saing sumber manusia sesebuah organisasi lebih-lebih lagi bagi syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dapatlah disimpulkan bahawa kesedaran tentang kepentingan latihan secara dasarnya berjaya ditanam dalam kalangan majikan.

Bagaimanapun, sejauh mana latihan benar-benar dapat dimanfaatkan sepenuhnya sangat bergantung kepada kefahaman majikan tentang fungsi dan tatacara pengurusan latihan.

Terdapat beberapa faktor mengapa latihan gagal mencapai matlamatnya. Faktor utama adalah perancangan latihan yang tidak selari dengan misi, visi dan objektif organisasi.

Perkara ini terjadi apabila latihan yang dilaksanakan hanyalah sekadar memenuhi kalendar aktiviti staf ataupun menghabiskan peruntukan tahunan.

Faktor kedua adalah apabila analisis keperluan latihan tidak dijalankan dengan betul berdasarkan kesesuaian sesuatu skop kerja itu sendiri. Sebagai contoh, pendigitalan organisasi memerlukan latihan kemahiran digital, namun latihan yang ditawarkan masih bersifat konvensional.

Faktor ketiga adalah keberkesanan latihan tidak dinilai. Ini bermaksud latihan dilaksanakan mungkin tidak mencapai objektif yang disasarkan kerana tiada sebarang bentuk penilaian dibuat.

Faktor keempat adalah latihan dilihat sebagai solusi kepada semua masalah organisasi sedangkan isu prestasi yang berpunca daripada masalah kurangnya peralatan diperlukan atau sikap tidak dapat diselesaikan dengan menghadiri latihan semata-mata. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. NOR HAZANA ABDULLAH, Pengarah Pusat Kepimpinan & Kompetensi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya