Cukuplah jadikan 1MDB sebagai modal politik

Cukuplah jadikan 1MDB sebagai modal politik

KERATAN akhbar 1 Ogos 2022
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Azman Mohd. Hashim dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertajuk Pilih yang baik atau yang jahat? pada 1 Ogos lalu.

Nampaknya tidak habis-habis dan tidak sudah-sudah Pejuang menjadikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai modal politik mereka.

Saya dengan tegas mengatakan, sesebuah parti politik tidak bersalah sekiranya mana-mana pemimpin mereka didapati terlibat dengan sebarang salah laku.

Lagipun pemimpin yang disebut-sebut itu tidak lagi menerajui parti dan tidak bersama kerajaan.

Kedua, ia sudah menjadi kes mahkamah.Kes-kes Datuk Seri Najib Tun Razak masih dalam proses perbicaraan dan belum dijatuhi hukuman penjara.

Bagaimana pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang?

Tun Dr. Mahathir Mohamad memang tidak suka Anwar tetapi kenapa sanggup bersekongkol dengan beliau semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)?

Tidak pula mereka mengatakan diri sebagai pengkhianat selepas janji mahu hapuskan tol dan turunkan semua harga barang tidak menjadi kenyataan?

Semasa Najib menjadi Perdana Menteri, kebaikan beliau wajar diambil kira kerana pernah membantu sebuah keluarga yang merupakan peneroka Felda mendapatkan RM15,000 sehingga membolehkan pasangan suami isteri itu ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

Apa yang peneroka dapat semasa Dr. Mahathir menerajui negara selama 22 tahun? Wajarkah orang Melayu dikatakan pemalas sedangkan kaum inilah yang banyak menyokong kepimpinan Dr. Mahathir sehingga kembali menerajui negara selepas PRU14?-UTUSAN

GENERASI KEDUA FELDA
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya