Anak muda hilang minat dalam sektor F&B

Anak muda hilang minat dalam sektor F&B

SEKTOR makanan dan minuman (F&B) kehilangan tenaga kerja dalam kalangan anak muda ekoran bebanan kerja dalam industri tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEKURANGAN pekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B) menyebabkan tekanan kepada pengusaha dan pelanggan premis makanan.

Isu gaji tidak setimpal dengan skop kerja menjadi kritikal apabila ramai anak muda tidak bertahan lama dalam industri tersebut.

Kini bertambah runcing selepas ramai anak muda beralih menjadi usahawan atau penghantar makanan kerana kelebihan masa lebih fleksibel serta pendapatan lumayan dibandingkan dengan kerja yang terikat dengan masa, pengurusan tidak seimbang dan pihak atasan yang tidak mempedulikan kebajikan pekerja.

Salah satu faktor kekurangan tenaga kerja anak muda apabila ada dalam kalangan mereka bersikap ‘kaki kipas’ demi merebut faedah-faedah tertentu atau kenaikan pangkat mahupun jawatan yang diimpikan tanpa menghiraukan sikap profesionalisme. Golongan ini amat mementingkan diri sendiri.

Justeru, pihak pengurusan sesebuah syarikat F&B perlu mengamalkan sikap profesionalis dan tindakan proaktif serta bersedia dengan inisiatif yang lebih berkesan untuk menangani permasalahan dalaman agar tidak berlaku masalah kronisme dan penindasan golongan bawahan terutama dalam kalangan anak muda yang sedang mencari pengalaman bekerja.-UTUSAN

IRFAN SHAUQI SHAMSUL JAMILI
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya