Ubati depresi dengan mendekati ajaran Islam

Ubati depresi dengan mendekati ajaran Islam

MENDEKATKAN diri dengan Allah SWT dapat membantu menghindari masalah depresi sekali gus mengelakkan kejadian bunuh diri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMEROSOTAN kesihatan mental menyebabkan pertambahan kes bunuh diri, kemurungan dan pelbagai gejala sosial lain yang dianggap sebagai masalah kesihatan serius dan perlu ditangani dengan kadar segera.

Depresi ialah salah satu gangguan kesihatan mental yang banyak membabitkan remaja. Mereka akan berasa kesepian dan perlu berhubung dengan orang lain.

Penghidap depresi selalunya berasa putus asa, tidak berharga dan akan menyalahkan diri sendiri.

Kebanyakan masalah depresi muncul kerana sikap tidak dapat menerima kekurangan dimiliki. Trauma juga menjadi penyebab utama masalah depresi kerana pesakit tidak mampu melupakan kejadian buruk yang berlaku pada masa silam seperti gangguan seksual.

Dalam Islam, sering kali kita diperintahkan untuk menyerahkan segala kesulitan hidup kepada Allah SWT. Masalah depresi ini dapat ditangani dengan rawatan pakar mahupun lebih efektif dengan menerapkan ajaran Islam dalam hidup.

Justeru, umat Islam diwajibkan menunaikan solat lima waktu sehari dan digalakkan melakukan solat sunat. Ini kerana solat dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT dan membuat hati menjadi lebih tenang sehingga dapat menjaga kestabilan emosi dengan baik.

Selain itu, amalan berzikir juga menjadi salah satu cara untuk menghilangkan depresi kerana ia merupakan terapi psikologi efektif yang dapat diterapkan dalam jiwa manusia. Berzikir juga dapat membuat hati dan fikiran seseorang menjadi lebih tenang.

Bagi mereka yang diuji depresi, sabar adalah kata kunci untuk menenangkan hati selain sentiasa berdoa kerana itu adalah cara berkomunikasi dengan Allah SWT. Cara ini lebih berkesan berbanding berkongsi masalah dengan orang lain atau di media sosial kerana manusia hanya mendengar tetapi tidak memahami.

Oleh itu, bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian terakhir bagi setiap masalah apabila kita menerapkan Islam dalam hidup sehingga segala kesedihan dapat hilang dengan sendirinya.-UTUSAN

NUR SYAZWANA MD. PAING
Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya