Tubuh Mahkamah Keadilan Harga awasi barangan

Tubuh Mahkamah Keadilan Harga awasi barangan

PENGGUNA harus peka tentang harga sesuatu barangan terutama barang kawalan agar tidak dimanipulasi peniaga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT kenaikan harga beberapa jenis barang keperluan seperti minyak masak, ayam, telur, kopi dan banyak lagi yang dilaporkan media dan pengguna.

Jadi, tidak hairanlah jika orang ramai mula ‘memberontak’ dan bersatu dalam mendesak kerajaan bertindak segera untuk mengawal kenaikan harga barangan.

Isu kenaikan harga nampaknya menjadi perkara biasa dan ada sesetengah pihak mengambil kesempatan menjadikannya bermusim. Inilah satu perkara yang sungguh menyedihkan. Berapa lama kita harus membiarkan perkara ini berterusan?

Sudah tiba masa pengguna bersatu untuk menentang kenaikan harga yang tidak wajar dan tidak adil.

Ini termasuk melaporkan kes kenaikan harga secara berlebihan kepada persatuan pengguna berhampiran atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Anda juga disaran meminta resit sebagai bukti supaya tindakan boleh diambil secara segera. Dalam masa sama, pengguna harus peka terhadap harga barang-barang kawalan.

Bagi mengelak anda terus terkesan, latih diri untuk membeli barangan yang diperlukan sahaja dan jika terdapat kenaikan terhadap sesuatu barang keperluan, cubalah dapatkan penggantinya. Umpamanya memilih ubi kayu sebagai ganti ubi kentang.

Setiap aduan yang dikemukakan membolehkan pihak kementerian menyiasat sama ada harga yang ditetapkan atau dicadangkan adalah adil.

Disebabkan isu ini, saya cadangkan penubuhan Mahkamah Keadilan Harga bagi menentukan sama ada mahu membuat penyiasatan atau tidak dalam tempoh 21 hari jika terdapat aduan. Sekiranya mahkamah membuat keputusan untuk menyiasat, maka harga tidak boleh dinaikkan sehingga penyiasatan selesai.

Mahkamah Keadilan Harga sewajarnya diberi kuasa menyiasat dan melaporkan harga barangan yang dikenakan pada sesuatu masa selain menyiasat kes-kes di mana keadaan harga barang sepatutnya diturunkan (turunnya nilai mata wang) tetapi harganya tetap mahal.

Mahkamah ini boleh juga mengawasi harga yang melambung tinggi atau untung berlebihan, kenaikan harga, penipuan dan sebagainya.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan
Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya