Sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang perlu anjakan baharu - Utusan Malaysia

Sekolah menengah agama kerajaan negeri Pahang perlu anjakan baharu

PELAJAR sekolah menengah agama sering mencapai keputusan cemerlang selain berjaya dalam pelbagai bidang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DI Pahang terdapat 18 sekolah menengah agama di bawah kerajaan negeri. Terdapat lebih kurang 700 guru dan hampir 10,000 pelajar dan lima sekolah yang mempunyai kelas untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Walaupun terdapat hampir 20 sekolah agama, namun ia tidak mampu menampung keperluan lebih ramai pelajar disebabkan bilangan sekolah yang terhad dan kemudahan sangat sederhana.

Sebilangan besar pelajar lebih cenderung menyambung pelajaran di sekolah agama negeri berbanding sekolah agama Persekutuan.

Di samping itu, sekolah menengah agama kelolaan kerajaan negeri turut berdepan masalah lain seperti kekurangan tenaga pengajar disebabkan Skim Perjawatan Tenaga Pengajar yang terhad dan kerana faktor peruntukan kewangan dan lain-lain.

Walaupun sekolah ini menghadapi banyak kekurangan, namun sering mencapai keputusan peperiksaan yang baik dan cemerlang serta ramai menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain berjaya dalam pelbagai bidang.

Kerajaan negeri sewajarnya melihat lebih serius tahap kemudahan sekolah terutama Skim Perjawatan Tenaga Pengajar agar ditambah baik lagi.

Sebagai bekas pelajar sekolah menengah agama negeri Pahang, saya serta bekas pelajar sangat berharap perkara ini diberi perhatian agar dapat dikekalkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Negeri.

Perlu dipertingkatkan kemudahan, jumlah guru mencukupi serta skim dan laluan kerjaya lebih baik serta menarik agar tenaga pengajar terus mempunyai motivasi tinggi manakala pelajar terus cemerlang.

Kerajaan negeri mempunyai pendapatan hasil cukai yang baik dan mampu untuk memperuntukkan lebih banyak bajet tahunan kepada Jabatan Agama Negeri. Dengan cara ini, isu seperti kadar yuran yang tinggi dikenakan dapat dikurangkan melalui pemberian subsidi.

Di samping itu, agensi kerajaan Pusat seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan Malaysia disaran memberi perhatian berat dan pertimbangan sewajarnya tentang perkara berkaitan di bawah bidang kuasa mereka.

Ini bagi meningkatkan taraf sekolah menengah agama kelolaan kerajaan negeri dan jangan terus meletakkannya sebagai kelas kedua atau ketiga sahaja. – UTUSAN

CICIT AKI BAJI, Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya