Jangan diam, lapor jika jadi mangsa buli

Jangan diam, lapor jika jadi mangsa buli

PELAJAR tidak perlu takut melaporkan kepada guru atau ibu bapa sekiranya menjadi mangsa buli sama ada di sekolah atau media sosial. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHUKAH anda, secara tidak sedar perlakuan buli di sekolah tetap berlaku di luar pengetahuan guru? Ini kerana kurangnya pengawasan dan disiplin yang ditetapkan bagi sesetengah sekolah.
Ada dalam kalangan pelajar terpaksa berdiam diri atau disuruh ‘kunci mulut’ demi keselamatan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hasan, kes buli di sekolah mencatat sebanyak 38 kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Sementara Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin meminta pihak sekolah lebih telus dalam melaporkan maklumat atau kejadian berkaitan buli bagi membantu menyelesaikan masalah kerana ia melibatkan keselamatan pelajar.

Susulan daripada kes buli secara fizikal, kita juga didedahkan dengan perbuatan buli siber dalam laman sosial.

Menurut laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara, buli siber merupakan perbuatan berulang dengan tujuan menakutkan, mendatangkan kemarahan dan memalukan seseorang menggunakan kemudahan komunikasi seperti teks, chatting, emel, laman web sosial, telefon bimbit dan permainan internet.

Justeru, mangsa terlibat perlu mengambil tindakan selanjutnya dengan melaporkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa bagi membendung perbuatan buli siber daripada terus mempengaruhi kehidupan mereka.

Ibu bapa juga disaran sentiasa bertanyakan aktiviti yang dilakukan oleh anak- anak sebaik sahaja tamat sesi persekolahan bagi mengelak mereka dibelenggu rasa takut oleh perbuatan si pembuli.
Secara konklusinya, pihak sekolah sewajarnya mengambil tindakan tegas bagi membendung jenayah buli supaya keselamatan dan kesejahteraan pelajar terjamin.-UTUSAN

MUHAMMAD ‘AZIM MOHD. NOORAZIDI
Pelajar Komunikasi Media Baharu
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.