Belajar sambil niaga tingkat kemahiran

Belajar sambil niaga tingkat kemahiran

PENGLIBATAN pelajar dalam bidang perniagaan dapat menonjolkan prestasi terutama dalam menempuh dunia yang mencabar. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERKEMBANGAN potensi seseorang pelajar amat penting dalam persediaan menempuh alam yang serba mencabar. Setiap individu mempunyai kelebihan, kekuatan, keunikan mahupun kelemahan dan ia boleh dimanipulasi menjadi peluang dalam kehidupan lebih-lebih lagi sebagai seorang mahasiswa.

Terdahulu, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, lebih 75 peratus daripada siswazah menganggur adalah mereka yang aktif mencari kerja, yang mana hampir separuh menganggur bagi tempoh kurang dari tiga bulan.

Tidak dinafikan ramai usahawan muda berjaya mencipta nama dan produk sendiri. Namun sebagai seorang pelajar, bukanlah mudah untuk mengimbangi antara pelajaran dan perniagaan.

Ini kerana dalam perniagaan sudah pasti tidak dapat lari daripada berjumpa pelanggan dan ini memerlukan kemahiran berkomunikasi. Secara tidak langsung menambah keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak ramai.

Begitu juga jika berniaga secara dalam talian apabila perlu membuat hebahan. Kemahiran pemasaran yang menarik amat diperlukan. Kemahiran menyunting gambar dan penulisan iklan juga dapat diasah melalui perniagaan.

Bagaimanapun, dalam fasa menjadi mahasiswa, kekangan masa merupakan cabaran yang perlu dihadapi, namun masalah ini dapat ditangkis dengan penyusunan jadual secara teliti.
Jual produk yang sedang trend dan tular kerana sudah mempunyai permintaan tinggi.

Buat jadual antara belajar dan berniaga. Pembahagian masa yang efektif mampu memberi impak besar.

Pentingkan kesihatan dan jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan. Tidur secukupnya dan jaga pemakanan agar pelajaran dan perniagaan tidak ditinggalkan dek masalah kesihatan.

Penglibatan mahasiswa dalam perniagaan sememangnya melonjakkan potensi mereka. Aplikasi antara ilmu dipelajari dan perniagaan memberi impak positif dalam perkembangan kemahiran insaniah sekali gus sebagai persediaan menempuh realiti pekerjaan.-UTUSAN

AHMAD DANIAL JEFFRI,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN