Agamawan perlu elak kritik hadis sahih

Agamawan perlu elak kritik hadis sahih

SEBAGAI orang awam, kita harus tahu bijak menilai sesuatu ilmu itu agar memberi manfaat dalam kehidupan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Bukan hanya ahli politik tetapi dalam kalangan masyarakat juga kerap berlaku salah faham dan perselisihan pendapat sehingga dilihat cenderung bersikap taksub dan berani meremehkan pandangan serta pendapat pihak lain yang tidak sehaluan.

Ini termasuk sikap para agamawan lulusan universiti Asia Barat yang sering menganggap diri mereka pakar hukum sehingga berani tampil mengkritik hadis-hadis sahih seperti Bukhari dan Muslim kerana menurut sangkaan mereka terdapat perawi yang sangat lemah.

Maka sebagai orang awam, kita harus tahu membezakan sesuatu ilmu dan memadai sekadar tahu, faham dan amalkan. Tidak perlu memaksa diri untuk mengetahui secara mendalam.

Dalam masa sama, kita perlu mendengar setiap perbahasan para agamawan yang mempunyai sindrom mengatakan ulama mazhab dahulu bukannya maksum maka boleh dikritik.
Setiap kenyataan itu perlu dinilai dengan baik.

Perkara ini patut dielakkan kerana dikhuatiri akan lebih terpengaruh dengan setiap apa yang sampaikan mereka sama ada secara beradab atau sebaliknya.

Para agamawan hatta yang sudah bergelar mufti sebenarnya belum boleh lagi dianggap mencapai kedudukan setaraf ahli fuqaha dan tidak sewajarnya berani memperlekeh atau meremeh-remehkan pandangan ulama silam bahkan berani menolak terus karya-karya Imam-al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin.

Terdapat juga ahli akademik tampil berani mengkritiknya secara semberono atau terang-terangan melalui media sosial.

Justeru, saya yang masih cetek ilmu ini kadang terfikir dengan sikap sebahagian agamawan populis yang memandang rendah kehebatan tokoh seperti Imam al-Ghazali yang banyak menyumbang ilmu-ilmu Islam berbanding ilmuwan sekarang yang ilmunya sekadar disimpan atau diperam di pustaka universiti.

Jadi, siapakah yang layak menilai sesuatu ilmu itu?

Walau apa sekalipun atau sehebat mana kedudukan ilmu yang kita miliki, maka sedar dan insaflah setiap kelebihan itu merupakan anugerah kurniaan dari-Nya yang dipinjamkan sementara sahaja.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya