Mahu Hafizh Syahrin jadi ikon permotoran negara

Mahu Hafizh Syahrin jadi ikon permotoran negara

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah wajar diangkat sebagai ikon permotoran anak muda berikutan kejayaan dan sumbangan besarnya kepada negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SOALAN pertama saya, siapakah Haqiem Stopa yang diangkat sebagai ikon permotoran negara? Soalan kedua pula, apakah sumbangan dia dalam industri permotoran?

Dan ketiga, apa yang bermain di fikiran timbalan menteri untuk mengangkat orang yang dilabel warganet sebagai ‘mat rempit TikTok’ sebagai ikon?

Selayaknya tindakan tersebut dikecam kerana gelaran ikon permotoran itu hanya dibuat selepas pemuda berusia 22 tahun itu membuat kunjungan ke atas timbalan menteri terbabit.

Tidak bolehkah timbalan menteri berkenaan lebih sensitif untuk mengangkat seseorang dengan melihat latar belakang atau sumbangan mereka kepada negara sebagai ikon?

Malaysia melahirkan ramai pelumba seperti Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman, Affendi Rosli dan banyak lagi yang berjaya di peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara.

Jadi, mengapa mereka tidak dilihat sebagai ikon sedangkan banyak jasa yang disumbangkan kepada sukan negara?

Inilah yang terjadi apabila kerajaan tidak memilih barisan kepimpinan negara dengan baik dan tidak berdasarkan pengalaman.

Jika berterusan begini, tidak mustahil pembangunan sukan negara boleh hancur disebabkan sentuhan ‘tangan-tangan’ yang tidak berpengalaman.

Diharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menegur tindakan menteri-menteri Kabinetnya dan timbalan-timbalan menteri yang membuat keputusan dengan semberono.

Sebagai rakyat, kami mahu Hafizh Syahrin diangkat sebagai ikon permotoran kerana jasa, pengalaman dan latar belakangnya yang baik.

Untuk rekod, pada 21 Februari 2018, Hafizh Syahrin menjadi pelumba dari Malaysia pertama yang berjaya bertanding dalam kategori MotoGP.

Beliau juga telah memenangi Kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol pada 30 April 2017 dan beberapa lagi pertandingan antarabangsa lain. – UTUSAN

AZFAR, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.