Jangan takut tegur pemimpin jika mereka salah

Jangan takut tegur pemimpin jika mereka salah

UTUSAN Malaysia, 14 Jun 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas artikel ditulis Ahli Majlis Eksekutif Pusat, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Azman Mohd. Hashim dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertajuk Hanya Melayu Boleh Pulih Melayu yang diterbitkan pada 14 Jun lalu.

Artikel itu menyebut reputasi orang Melayu pada masa ini semakin terjejas ekoran mereka sekarang dilihat semangkin korup dan imej baik telah tercalar.

Ini disebabkan oleh segolongan bangsa Melayu yang tidak menjalankan tanggungjawab sepertimana diamanahkan serta mengamalkan rasuah sebagai cara mengaut kekayaan dan kesenangan dunia.

Malah Azman juga menyebut, akibat amalan golongan Melayu inilah, umpama menderhaka dan membawa malu kepada bangsa dan secara tidak langsung juga mencemari kesucian Islam sehingga menjadi terbantut kemajuannya walaupun di tanah air sendiri.

Ahli-ahli politik ketika tidak berkuasa menentang kuat pihak yang melakukan penyelewengan tetapi apabila berkuasa, mereka pula menunjukkan penipuan.

Sebenarnya terdapat cara untuk menghalang perkara sama terus berulang dalam kalangan pemimpin termasuk merenung dan mengambil pengajaran daripada sikap nabi, rasul mahupun para sahabat ketika memimpin. Bukankah cara pimpinan mereka jauh berbeza dengan pemimpin Malaysia?

Jadi, tegur menegur antara pemimpin perlu dalam usaha menasihati agar satu keputusan yang baik serta holistik dapat dicapai demi negara. Jangan takut menegur barisan pimpinan sekiranya mereka melakukan kesalahan yang boleh memberi kesan kepada ekonomi mahupun keharmonian negara.

Dalam masa sama, jangan menghukum parti sekiranya hanya sebilangan pemimpin yang terlibat dengan masalah atau kesalahan.-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya