Perlu khuatir jika hakim ditohmah

Perlu khuatir jika hakim ditohmah

TENGKU MAIMUN TUAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, timbul isu kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melanggar prinsip pengasingan kuasa diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan susulan siasatannya terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Namun, SPRM tampil menjelaskan bahawa akta bagi menubuhkan suruhanjaya itu sendiri menyatakan ia berhak menyiasat mana-mana pegawai badan awam termasuk hakim setelah laporan atau aduan rasmi dibuat.

Pihak yang lantang mengkritik siasatan ini menyatakan, untuk menyiasat hakim perlukan kaedah khas iaitu menerusi tribunal.

Tribunal adalah untuk menentukan seseorang hakim itu wajar dipecat atau tidak, manakala siasatan SPRM atau mana-mana penguat kuasa pula adalah untuk mengumpul bukti bagi menentukan sama ada aduan terhadap pihak disyaki itu berasas atau sebaliknya.

Rakyat seperti saya sebenarnya bukan mahukan hakim yang ditohmah tersebut terus dihukum, namun beliau perlu disiasat terlebih dahulu.

Perkara ini adalah proses sama seperti juga mana-mana orang kebanyakan yang telah melakukan kesalahan jenayah termasuk rasuah.

Jika hakim berkenaan didapati tidak bersalah kerana tiada apa-apa bukti beliau melakukan kesalahan selepas siasatan tersebut, maka pada hemat saya, imej badan kehakiman akan lebih terjamin kerana secara tidak langsung siasatan tersebut telah membersihkannya.

Sebaliknya, andaikanlah beliau memang bersalah namun tidak boleh pula disiasat, maka sudah tentu kredibiliti badan kehakiman akan terus dipersoal oleh masyarakat.

Bayangkanlah, jika hakim tidak boleh disiasat dalam kes jenayah atau sentiasa dianggap apa yang dilemparkan itu sebagai tohmahan semata-mata walaupun siasatan belum bermula atau belum selesai, jadi sejauh mana rakyat akan mempercayai badan kehakiman sebagai badan yang adil serta tidak bias?

Malah, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini menyifatkan tohmahan yang dilempar pihak tertentu terhadap hakim dan badan kehakiman sejak kebelakangan ini agak keterlaluan.

Maka, jangan khuatir hakim disiasat, tapi khuatirlah apabila hakim ditohmah. – UTUSAN

AMAR AMRAN, Petaling Jaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN