Lucut jawatan automatik jika lompat parti

Lucut jawatan automatik jika lompat parti

TIDAK perlu diadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi sekiranya ahli politik memilih untuk melompat parti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN kini merangka untuk mewujudkan undang-undang baharu yang melarang ahli politik melompat dari satu parti ke satu parti lain. Ia sudah menjadi trend di arena politik tanah air sejak akhir-akhir ini.

Oleh itu, saya sangat bersetuju jika penggubalan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti dibuat dengan lebih komprehensif dan dibentangkan di Parlimen dengan kadar segera supaya diluluskan dan dilaksanakan.

Saya juga berpandangan bahawa ahli politik yang sedang memegang jawatan ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan hilang jawatan yang sebagai wakil rakyat dan jawatan-jawatan lain dalam Kabinet mahupun kerajaan negeri jika melompat parti.

Sementara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kerusi yang dikosongkan sebaliknya menaikkan calon dalam pilihan raya sebelum ini yang mendapat jumlah undi kedua tertinggi sebagai wakil rakyat walaupun dari parti Bebas secara automatilk.

Dengan cara ini dapat membasmi permainan politik, politik katak, tiada pendirian dan integriti rendah dalam kalangan ahli politik sekali gus menjimatkan perbelanjaan wang negara daripada mengadakan pilihan raya berulang kali. Wang kerajaan itu lebih baik disalurkan untuk pembangunan negara.

Seterusnya jika mana-mana ahli politik melompat parti dalam tempoh setahun sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang, maka kekosongan kerusi itu tidak perlu diisi segera sebaliknya menunggu PRU. Tugas-tugas di sesebuah kawasan boleh diambil-alih oleh wakil rakyat yang berhampiran.

Mungkin cadangan ini adalah sesuatu yang baharu dan agak pelik tetapi boleh dilakukan agar penduduk di sesebuah kawasan masih mendapat khidmat wakil rakyat dalam tempoh kekosongan kerusi itu.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya