Kenapa suka selenggara waktu malam?

Kenapa suka selenggara waktu malam?

PENGENDALI lebuh raya perlu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada waktu siang sahaja. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 12 Mei lalu, berlaku nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara yang dikatakan berpunca daripada tindakan pemandu treler memandu secara berbahaya.

Nahas di daerah Kuala Kangsar, Perak pada pukul 1 pagi itu menyebabkan kematian mangsa yang masih muda iaitu Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; Muhamad Nabil Haikal Muhamad Fariz, 19; Muhammad Nasrun Aidol Munir, 22, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23.

Kelima-limanya yang dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke rumah sewa mereka maut setelah kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Kesemua pelajar terbabit rentung selepas kereta dan treler muatan besi pagar yang melanggar dari belakang terbakar kira-kira 90 peratus.

Kemalangan demi kemalangan yang berlaku mengorbankan ramai pengguna jalan raya. Fenomena ini perlu diambil perhatian oleh pemandu kenderaan berat dan syarikat konsesi lebuh raya.

Pembinaan lebuh raya bertujuan mengelak kesesakan sewaktu jumlah kenderaan banyak seperti waktu cuti dan hari perayaan.

Jalan yang lebar dan lurus serta banyak lorong bertujuan melicinkan dan memudahkan perjalanan. Ia juga bertujuan mengurangkan nahas terutama kemalangan maut.

Namun, sikap manusia dan kurangnya kesedaran pengendali lebuh raya dalam aspek keselamatan menjadikan kemudahan itu menjadi kurang selamat terutama pada waktu malam.

Saya berpandangan, pengendali lebuh raya tidak perlu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terutama pada waktu malam kerana keadaan persekitaran yang gelap dan jarak penglihatan terhad.

RAJA BULI

Dalam kes nahas melibatkan pelajar USAS terbabit, difahamkan laluan dua lorong di lebuh raya PLUS itu hanya menjadi satu lorong kerana kerja-kerja penyelenggaraan.

Jika hendak dijalankan juga, pastikan ada pengawal yang mengawal aliran kenderaan dan tidak membiarkan pemandu memandu tanpa dipantau dan dikawal.

Rasanya meletakkan kon dan pelbagai tanda arah yang memantulkan cahaya pada waktu malam tidak cukup berkesan.

Kadang-kadang kita dapat lihat papan tanda atau kon diletakkan terlalu hampir dengan kawasan penyelenggaraan dan ini boleh menyebabkan kemalangan kerana pemandu tidak sempat memperlahankan kenderaan jika memandu laju.

Oleh itu, lebih sesuai dan selamat jika kerja penyelenggaraan dilakukan pada waktu siang kerana kedua-dua pihak boleh melihat antara satu sama lain.

Berkaitan pemandu treler yang mempunya 22 saman yang mana lapan membabitkan kesalahan memandu laju, kerajaan perlulah meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat seperti gantung lesen dan penjara.

Selain itu, pemandu kenderaan berat dilihat selalu membuli kenderaan kecil dengan membunyikan hon secara kerap dan kuat serta mengekori di lorong tengah terlalu rapat walaupun mereka sepatutnya berada di lorong paling kiri.

Sikap pemandu kenderaan berat ibarat raja buli di jalan raya ini telah pun menjadi ikutan kenderaan kecil. Sikap seperti ini yang mengundang berlaku kemalangan walaupun pemandu lain memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya.

Sudah pasti ada yang tidak kena dengan peraturan yang ditetapkan termasuk dari segi penguatkuasaan sekiranya ia masih gagal mencegah kematian jalan raya sebaliknya nahas semakin bertambah. – UTUSAN

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya