ECRL boleh ganti HSR KL-Bangkok

ECRL boleh ganti HSR KL-Bangkok

PROJEK ECRL yang sedang dalam pembinaan mempunyai landasan lebih lebar yang boleh dinaik taraf kepada HSR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MALAYSIA dan Thailand dilaporkan bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas secara bersama bagi mengkaji cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Bangkok.

Membina landasan HSR baharu dari ibu negara hingga sempadan Malaysia-Thailand merentasi Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dijangka menelan kos lebih tinggi berbanding HSR Kuala Lumpur-Singapura disebabkan faktor bentuk muka bumi lebih mencabar.

Kos tinggi juga berpunca daripada faktor jarak lebih jauh berdasarkan anggaran 1,400 kilometer (km) dengan lebih 500 km berada dalam kawasan Malaysia.

Kos amat tinggi bermakna projek ini berisiko untuk menerima nasib sama seperti projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang ditangguh dan kemudian dibatalkan apabila berlaku pertukaran kerajaan.

Kerajaan Thailand buat masa sekarang lebih mengutamakan menyambung HSR ke China melalui Laos bagi memudahkan pergerakan penumpang dan eksport produknya ke sana.

Dicadangkan agar projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang dalam pembinaan dijadikan pengganti HSR Kuala Lumpur-Bangkok dengan membuat sambungan landasan baharu yang mampu mengoperasikan kereta api laju bermula dari stesen ECRL di Kota Bharu ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor dan seterusnya ke Thailand.

Berbeza dengan landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menggunakan tolok 1,000 milimeter (mm), landasan ECRL menggunakan tolok standard 1,435 mm yang lebih lebar dan boleh dinaik taraf kepada HSR.

Alternatif ini mungkin kurang membebankan dari segi kos kerana landasan baharu yang perlu dibina tidak sampai 50 km berbanding lebih 500 km jika HSR dibina merentasi negeri-negeri sebelah utara. – UTUSAN

PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya