Legenda Mahsuri bukan dongeng semata-mata - Utusan Malaysia

Legenda Mahsuri bukan dongeng semata-mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KESUSASTERAAN berunsur hikayat adalah sebuah cerita yang sering kali kita dengar sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.

Bila kita berbicara mengenai kesusasteraan unsur hikayat ini, ia sebenarnya menggambarkan peristiwa yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.

Antara cerita-cerita kesusasteraan unsur hikayat adalah sumpahan Mahsuri, Hang Tuah dan sebagainya.

Saya tertarik dengan satu hikayat iaitu sumpahan Mahsuri yang dikatakan sebuah legenda berlaku di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia adalah sebuah cerita yang sungguh menyayat hati. Mahsuri yang membesar sebagai gadis cantik telah dikahwinkan dengan Wan Darus sehingga memperoleh seorang anak perempuan.

Ketika itu, Menteri Besar Langkasuka (nama lama Kedah), iaitu Datuk Pekermajaya melawat Langkawi dan terpikat dengan Mahsuri.

Datuk Pekermajaya mengarahkan Wan Darus keluar memerangi lanun di perairan supaya dia dapat menggoda Mahsuri.

Bagaimanapun, Mahsuri enggan melayannya. Akibatnya, Mahsuri di­fitnah mengadakan hubungan sulit dan diseret ke Padang Mat Sirat.

Datuk Pekermajaya memberi pilihan sama ada Mahsuri berkahwin dengannya atau diseksa dan dibunuh.

Mahsuri memilih yang kedua tetapi cubaan membunuhnya gagal.

Mahsuri membocorkan rahsia yang dia hanya boleh dibunuh dengan tombak sakti yang disimpannya.

Mahsuri kemudian berdoa dengan sumpahannya sebelum dibunuh supaya Allah SWT menjadikan Pulau Langkawi tidak aman dan makmur selama tujuh keturunan.

Terdapat segelintir masyarakat yang beranggapan legenda Mahsuri adalah dongeng semata-mata yang direka oleh orang dahulu.

Bagi saya, legenda itu bukan dongeng tetapi dalam konteks kesusasteraan, ia adalah sebuah hikayat yang boleh kita jadikan pengajaran dan inspirasi. – UTUSAN

MIDI REDZUAN, Pengkalan Hulu, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya