Kerajaan tidak stabilkah hingga perlu segera PRU15?

Kerajaan tidak stabilkah hingga perlu segera PRU15?

PEMBUBARAN Parlimen perlu menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dijangka tamat pada Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI dijangkakan, desakan untuk membubarkan Parlimen dan menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mula kedengaran terutama selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Namun persoalannya, apakah pada ketika ini PRU15 menjadi pilihan dan keperluan utama rakyat? Jujurnya, kita perlu meneliti dan menilai keperluan untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat dengan mengambil kira impak yang mungkin berlaku kepada rakyat dan negara khususnya dari sudut kesihatan awam. Walaupun ini soal politik, namun dalam situasi sekarang pertimbangan politik semata-mata tidak boleh dijadikan asas mahupun sandaran utama untuk membubarkan Parlimen.

Secara prinsipnya kita perlu memastikan kestabilan kesihatan awam berada pada tahap yang memuaskan serta berfungsi dengan baik tanpa sebarang tekanan sebelum memutuskan masa terbaik untuk mengadakan PRU15.

Hal ini penting kerana PRU akan membabitkan seluruh negara dan bukannya sesebuah negeri tertentu sahaja seperti PRN yang dilihat lebih mudah untuk fokus dan mengawal isu kesihatan awam. Pihak berkuasa juga akan berhadapan masalah dan cabaran besar untuk mengawal penularan wabak di seluruh negara.

Pada masa sama, apakah kerajaan sekarang tidak stabil sehingga terlalu terdesak untuk mengadakan PRU15? Kita perlu jujur dalam menilai perkara ini kerana saya berpandangan, kedudukan kerajaan stabil dan tiada sebarang masalah. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Kabinetnya berfungsi seperti biasa dan menjalankan tugas dengan baik tanpa sebarang gangguan.

Hal ini turut dibantu oleh persefahaman yang telah dicapai oleh kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang antara lainnya masing-masing bersetuju untuk tidak mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai ini.

Jujurnya, pada ketika ini rakyat mahu kerajaan terus fokus untuk membangunkan negara, mengawal penularan wabak, memulihkan ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan, mengawal kos sara hidup dan mensejahterakan kehidupan rakyat secara keseluruhannya. Hakikatnya, kita dapat lihat kerajaan pimpinan Ismail Sabri sedang melakukan yang terbaik dan sudah pun melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menjaga kebajikan rakyat. Justeru, kenapa perlu mengganggu proses ini dengan membubarkan Parlimen?

Sepatutnya kita memberi ruang sepenuhnya kepada kerajaan untuk melaksanakan semua inisiatif dan program bantuan rakyat yang telah dirancang dan diumumkan serta sedang dilaksanakan agar rakyat segera mendapat manfaatnya.-UTUSAN

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED, Pentadbir universiti dan penganalisis isu semasa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya