Imbuhan CEO harus imbangi upaya, bakat pengurusan

Imbuhan CEO harus imbangi upaya, bakat pengurusan

IMBUHAN CEO adalah salah satu daripada elemen penting dalam tadbir urus syarikat yang diberi penekanan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Isu imbuhan ketua pegawai eksekutif (CEO) hangat diperdebatkan dalam kalangan warga maya susulan masalah kewangan Sapura Energy Berhad.

The Edge Markets pada 27 Mei 2021 menerbitkan artikel bertajuk Cover Story 2: How much did Malaysia’s top guns take home in 2020? Artikel itu melaporkan dapatan berdasarkan 50 firma teratas mengikut pasaran modal adalah 16 CEO menerima lima hingga 20 peratus potongan imbuhan sementara 13 lagi menerima kenaikan dan hanya satu tidak mengalami sebarang kenaikan atau pengurangan imbuhan.

Menurut laporan ini, walaupun syarikat pengeluar sarung tangan getah dan firma teknologi mengungguli prestasi industri, CEO mereka tidak menerima kenaikan imbuhan mendadak walaupun organisasi-organisasi ini memperoleh kadar keuntungan berlipat ganda.

Keupayaan pengurusan boleh diterjemahkan sebagai kemampuan untuk memacu syarikat mencapai prestasi kewangan yang lebih baik. Pelbagai insentif dirangka untuk memberi motivasi kepada pihak pengurusan menerusi pelbagai mekanisme perkongsian pemilikan, termasuk imbuhan berasaskan prestasi syarikat iaitu pemberian syer dan opsyen. Dari sudut pandang pasaran buruh pengurusan pula, ia berkaitan bakat pengurusan untuk mengekalkan jawatan ataupun bagi menetapkan nilai bakat di dalam pasaran.

Konflik agensi berlaku di antara ejen (pengurusan) dan prinsipal (pemegang saham) sekiranya imbuhan kepada CEO tidak disusuli dengan peningkatan prestasi kewangan syarikat atau kepentingan pemegang saham terjejas.

Kuasa pengurusan mengetengahkan bahawa pihak pengurusan mempunyai ‘kuasa’ untuk mempengaruhi jawatankuasa imbuhan dan seterusnya menetapkan nilai premium imbuhan. Kajian menunjukkan bahawa pihak pengurusan yang lebih berkuasa berupaya untuk mendapat imbuhan pada nilai premium berbanding pengurusan yang kurang berkuasa. Pelbagai pakej imbuhan dirangka supaya aktiviti ini terlindung daripada dikesan oleh pemegang saham.

Pihak pengurusan yang berada lebih lama di dalam sesebuah syarikat berpotensi untuk lebih berkuasa berbanding pengurusan yang baharu dilantik.

Justeru, semua pihak terutama syarikat perlu memberi perhatian terhadap perkara tersebut terutama proses melibatkan imbuhan CEO supaya ia mengikut garis panduan serta telus.

Kegagalan memenuhi keperluan tersebut akan menimbulkan perasaan marah, kecewa dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat awam yang rata-ratanya terjejas dan terkesan teruk akibat penularan wabak Covid-19.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. ERVINA ALFAN
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.