Usah tukar waktu siaran televisyen

Usah tukar waktu siaran televisyen

SLOT berita Buletin TV9 telah diubah ke pukul 7 malam setiap hari sejak 1 Ogos tahun lalu. – IHSAN TV9
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 1 Ogos tahun lalu, terdapat beberapa perubahan waktu siaran televisyen yang saya anggap tidak munasabah.

Antaranya, TV3 mengubah waktu siaran rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang bertukar ke pukul 9.30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat dan dikurangkan kepada sejam.

TV9 pula mengubah waktu siaran slot berita iaitu Buletin TV9 ke pukul 7 malam setiap hari untuk memberi laluan kepada drama rantaian berdurasi sejam bermula 7.30 malam setiap hari.

Sungguh tidak sesuai memandangkan TV9 sama seperti TV3 menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar.

Harus diingatkan, TV9 bukannya saluran bahasa Cina ataupun bahasa Tamil sebaliknya menggunakan bahasa Melayu selaku bahasa pengantar sejak awal kewujudannya dan slot Buletin TV9 tidak perlu ditukar ke 7 malam.

Mana-mana saluran bahasa Melayu atau bahasa Inggeris serta saluran Melayu-Inggeris yang kategori rancangannya bercampur aduk, slot berita utama perlu disiarkan pada pukul 8 malam.

Sepatutnya slot berita utama di 8TV yang dipanggil 8TV Mandarin News perlu diubah ke pukul 7 malam setiap hari selama setengah jam agar dapat memberi laluan kepada slot Asian Potpourri yang bersiaran selama sejam bermula pukul 7.30 malam.

Ini diikuti slot Best Of The East pada 8.30 malam Isnin hingga Jumaat memandangkan bahasa pengantar bagi saluran 8TV adalah bahasa Cina sejak 2018.

Sebelum ini, TV3 pernah membawakan slot drama ulangan pukul 8 pagi Sabtu dan Ahad sebelum adanya rancangan Borak Kopitiam dan slot seumpamanya yang sepatutnya tidak perlu dikembalikan lagi.

Drama ulangan pukul 2 petang pula perlu dikurangkan kepada Isnin hingga Khamis sahaja.

Sementara slot Lestari yang selama ini bersiaran dari Rabu hingga Sabtu perlu dikurangkan kepada Rabu hingga Jumaat sahaja. – UTUSAN

HAYRIN MATAHIR, Sandakan, Sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN