Pinda Akta 342 untuk lebih adil

Pinda Akta 342 untuk lebih adil

AKTA Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu dipinda bagi mengelakkan kuasa mengeluarkan kompaun hanya terletak di tangan Ketua Pengarah Kesihatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERASA sesak nafas dan semput setiap kali membaca kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang sering kali bercanggah dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan vaksinasi. Jadi, arahan siapa perlu diikut?

Persoalan lain, adakah benar Kementerian Kesihatan (KKM) dipaksa mematuhi arahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semenjak penyebaran virus Covid-19?
Selain itu, difahamkan juga terdapat perjanjian ‘sulit’ yang akan dibuat oleh KKM dengan WHO pada Mei ini.

Hal ini menyebabkan timbulnya kesangsian dalam kalangan rakyat, iaitu adakah KKM berkhidmat untuk rakyat atau WHO?

Sayugia pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dikemukakan oleh Khairy Jamaluddin dan Noor Hisham amat wajar ditolak kerana timbul banyak keraguan malah ramai pihak sudah membuat laporan mengenai akta tersebut.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan akta tersebut dipinda bagi mengelakkan kuasa mengeluarkan kompaun hanya terletak di tangan Ketua Pengarah Kesihatan kerana ia dilihat menekan dan menzalimi rakyat.

Bukan setakat itu sahaja, jika diteruskan akan berlaku lebih banyak dwistandard melibatkan golongan kayangan yang sebelum ini pun sudah terbukti berlaku.

Lebih menakutkan lagi, segala bentuk hukuman dan denda terhadap pesalah yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) didapati sama dengan hukuman yang dikenakan kepada pelaku jenayah.

Kami tidak bersetuju serta menentang sekeras-kerasnya segala tindakan yang bersifat memeras ugut serta menekan rakyat.

Harap perkara ini mendapat perhatian pihak sewajarnya kerana rakyat semakin hari semakin mempertikaikan ketelusan KKM terutama melibatkan vaksinasi.

Contohnya, suatu ketika kami difahamkan vaksin diberikan secara sukarela tetapi kini seperti satu paksaan. Adalah lebih baik memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan sama ada mahu menerima suntikan vaksin atau tidak.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya