Terengganu catat kemenangan dramatik ke atas Kuala Lumpur

Terengganu catat kemenangan dramatik ke atas Kuala Lumpur

PEMAIN Kuala Lumpur, Muhammad Nadzrin Mohd Nasir (dua kiri) merebut bola dari Pemain Terengganu, Josevata Cava Ulunaceva pada Kejohanan Ragbi Piala Agong di Padang Astaka Petaling Jaya di sini semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Aksi tumpuan Kumpulan Minggu Pertama Ragbi Piala Agong 2026 di Padang Astaka, Petaling Jaya menyaksikan Terengganu mencatat kemenangan dramatik 25-24 ke atas Kuala Lumpur dalam pertembungan sengit, semalam.

Perlawanan berlangsung cukup mendebarkan apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sejak awal permainan dengan tempo tinggi dan penuh fizikal.

Kuala Lumpur terlebih dahulu memberi tekanan apabila memanfaatkan kelebihan permainan terbuka untuk mendahului dalam beberapa fasa awal perlawanan.

Namun Terengganu tidak mudah mengalah apabila bangkit secara konsisten menerusi disiplin pertahanan dan serangan balas yang lebih berkesan.

Pertarungan semakin sengit pada babak kedua apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata sehingga perbezaan kekal tipis menjelang minit akhir.

Aksi di Padang Astaka itu akhirnya memihak kepada Terengganu yang berjaya memanfaatkan peluang penting untuk mencuri kemenangan satu mata di penghujung permainan.

Sementara itu di Serdang, Johor membelasah Putrajaya 45-5 dalam aksi sebelah petang yang berlangsung di Padang B, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dalam satu lagi perlawanan, Kelantan Rugby menewaskan PDRM Rugby 26-24 manakala Negeri Sembilan Rugby menundukkan Kedah 28-15 di Universiti Malaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN