IPOH: Perak FA mencerahkan peluang untuk menduduki tangga kelima saingan Liga A1 Semi-pro 2025-2056 apabila menumpaskan Phoenix FC 2-0 dalam perlawanan di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor di sini hari ini.
Dua jaringan pada babak kedua sudah mencukupi buat anak buah Syamsol Saad merakamkan kemenangan ke-12.
Gol pertama pasukan Perak dijaringkan oleh Ekene Victor pada minit ke-54.
Pemain import dari Kenya itu merembat masuk bola sepakan Wan Zack Haikal yang terkena tiang gol.
Gol kedua hadir pada minit ke-81, bermula dengan gerakan solo Wan Zack Haikal, hantaran pemain itu tepat ke dalam kotak penalti dan berjaya disambar oleh Alif Zikri yang menolak masuk bola ke gawang gol.
Perak terus mendominasi perlawanan tetapi beberapa peluang terhidang gagal diterjemahkan menjadi jaringan.
Anak buah Syamsol Saad kini mempunyai baki dua perlawanan iaitu bertemu Selangor FA II dan Kelantan WTS. – UTUSAN










