Pemimpin DAP Melayu hanya nasi tambah - Utusan Malaysia

Pemimpin DAP Melayu hanya nasi tambah

YOUNG Syefura Othman (kiri) merupakan satu-satunya calon Melayu yang menang dalam pemilihan DAP di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMENJAK 56 tahun wujudnya DAP di negara ini berkemungkinan belum pernah dalam sejarah pemilihan di peringkat tertinggi parti berkenaan, calon Melayu dipilih lebih daripada seorang.

Istilah dipilih oleh perwakilan adalah lebih bermakna daripada lantikan tambahan tetapi itulah nasib pemimpin Melayu yang sengaja dan layak diklasi­fikasi sebagai ‘nasi tambah’ sepinggan.

Terkini dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 20 Mac lalu, seorang wanita Melayu muda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman diberikan tempat bagi mengisi atau menggantikan tempat seorang lagi wakil Islam yang tewas, iaitu Zairil Khir Johari.

Selain Young Syefura dan Zairil, terdapat lapan calon Melayu lain yang bertanding tetapi tidak terpilih dalam CEC. Mereka ialah Abdul Aziz Bari, Abdul Aziz Isa Marindo, Azaha Abdul Rani, Mohammad Basar Umar, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Wan Hamidi Hamid. Selepas pemilihan itu, Tengku Zulpuri Shah dan Syahredzan dilantik ke dalam CEC.

Pada pemilihan itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undian tertinggi sebanyak 1,782 diikuti Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (1,641) dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (1,625).

KOSMETIK

Walau apa pun, percaturan politik DAP termasuk penstrukturan semula senarai pemegang jawatan di peringkat CEC yang nyata kelebihan parti itu yang kononnya berbilang kaum hanya menguntungkan satu kaum.

Tidak ada apa yang dapat dibanggakan oleh ahli DAP Melayu jika seorang sahaja wakil kaum itu diberikan kepercayaan di peringkat CEC daripada 30 orang yang pilih oleh perwakilan.

Situasi berkenaan menguatkan hujah saya sewaktu meninggalkan DAP dahulu bahawa parti DAP bukanlah bumbung yang selamat bagi orang Melayu berteduh.

Persoalan yang timbul, di manakah tanda hormat serta pengiktirafan oleh parti berkenaan terhadap kaum majoriti di negara ini?

Sampai bilakah ungkapan ‘kosmetik’ yang akhirnya akan menjadi kain buruk seperti habis madu sepah dibuang terhadap pemimpin Melayu mereka harus terpakai?

Orang Melayu perlu bangun daripada tidur dan sedar bahawa sampai bila kaum berkenaan berterusan dipergunakan untuk menyokong calon DAP Melayu pada setiap kali pilihan raya walhal di peringkat pembuat dasar dan polisi parti hanya seorang wakil Melayu yang dipilih daripada 30 orang.

Sudah banyak kali teguran dan kritikan pedas dibuat terhadap kedudukan ahli Melayu dalam parti tersebut yang sudah menjadi amalan biasa buat kepimpinan mereka.

Sampai bila ahli Melayu perlu dilabel sebagai boneka yang tiada berpenghujung selepas 56 tahun DAP wujud di negara ini?

Mereka nampak tidak ikhlas, sebaliknya menjadi suatu fardu kifayah yang absolute (mutlak) dan total (seluruhnya) untuk kaum Melayu menolak parti berkenaan agar tidak kita dipersalahkan kemudian. – UTUSAN

RAHMAD ISAHAK, Aktivis politik, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya