Pelik tandas di Parlimen tiada pintu

Pelik tandas di Parlimen tiada pintu

KEADAAN dua kubikel di blok sementara Parlimen yang tidak mempunyai pintu. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini saya berkesempatan melawat bangunan Parlimen di Kuala Lumpur setelah kali terakhir menjejakkan kaki ke situ kira-kira 10 tahun lalu.

Saya mendapati banyak perubahan positif dibuat termasuk dibina blok-blok baharu untuk kemudahan ahli-ahli Parlimen dan kakitangan pentadbiran.

Cuma saya agak musykil apabila mengunjungi kafeteria blok sementara yang terletak bersebelahan tempat letak kenderaan orang kenamaan (VIP) kerana tandas lelaki di situ terdapat dua kubikel menempatkan mangkuk tandas duduk yang tidak mempunyai pintu.

Sekiranya, pintu terbabit sedang dalam proses untuk diganti, sepatutnya terdapat notis ditampal pada dinding bagi memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan seperti amalan di negara-negara maju.

Memang azab untuk membuang air besar kerana terpaksa beratur panjang bagi menggunakan satu kubikel yang masih elok, itu pun mangkuk tandas cangkung yang memang kurang sesuai untuk warga emas seperti saya.

Daripada pemerhatian saya, tandas lelaki terbabit kebanyakan digunakan oleh pemandu dan anggota keselamatan yang mungkin menjadi penyebab situasi daif itu kurang disedari oleh Yang Berhormat (YB).

Bagaimanapun, pada hari saya berkunjung ke kafeteria terbabit ada seorang YB yang sedang rancak bersembang. Sudah tersasul ke situ, eloklah YB meninjau kawasan sekitar.

Sebagai badan perundangan bagi Kerajaan Persekutuan yang melulus dan meminda undang-undang, memeriksa dasar-dasar kerajaan serta meluluskan bajet kerajaan dan cadangan cukai baharu, segala kemudahan disediakan di bangunan Parlimen harus yang terbaik.

Status tandas yang terletak di blok sementara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Mogok yang diadakan ketika Hartal Doktor Kontrak pada 26 Julai 2021 harus dijadikan pengajaran oleh kerajaan untuk melayan kemudahan dan kakitangan berstatus kontrak dan sementara secara saksama. – UTUSAN

JOHN DOE, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya