Patut lebih adil agih projek RMK12

Patut lebih adil agih projek RMK12

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed selepas membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 27 September 2021. – JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RANCANGAN Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2021-2025 telah bermula dengan peruntukan sebanyak RM400 bilion. Jumlah ini berdasarkan senarai projek yang dimohon kerajaan negeri, kementerian dan jabatan kerajaan.

Bagaimanakah pendekatan, formula serta asas yang digunakan kerajaan dalam menimbang dan meluluskan sesuatu projek mahupun peruntukan? Adakah saiz negeri yang besar menerima peruntukan lebih besar atau berdasarkan jumlah penduduk?

Jika dibuat kiraan, purata peruntukan bagi setiap negeri ialah RM28.5 bilion, namun cara agihan sebegitu tidak tepat kerana negeri yang bersaiz kecil tidak memerlukan peruntukan kewangan atau projek besar jika dibandingkan dengan negeri yang lebih besar dan lebih ramai penduduk.

Sungguhpun begitu, berdasarkan maklumat media antaranya memaklumkan bahawa Melaka yang mempunyai empat daerah dan kurang 10 bandar atau pekan serta kira-kira 900,000 penduduk menerima peruntukan sebanyak RM20 bilion, manakala Pahang dengan jumlah penduduk hampir 1.7 juta orang mendapat peruntukan sebanyak RM28 bilion sedangkan negeri itu mempunyai 11 daerah dan hampir 30 bandar serta pekan.

Bagaimana pula formula yang diguna pakai membabitkan negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Negeri Sembilan? Secara umumnya, Pulau Pinang lebih kecil dari segi keluasan tetapi mempunyai 1.7 juta penduduk berbanding Negeri Sembilan yang lebih luas tetapi hanya dihuni 1.1 juta orang. Negeri manakah yang mendapat lebih peruntukan dalam RMK12?

Oleh itu, perkara ini perlu diperhalusi oleh kerajaan apabila membuat penilaian sebelum meluluskan peruntukan bajet agar ia lebih telus, adil serta munasabah dengan melihat kepada keperluan dan keutamaan.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI, Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN