Lebih sesuai bina lapangan terbang di Maran

Lebih sesuai bina lapangan terbang di Maran

PEMBINAAN lapangan terbang baharu lebih sesuai dibina di Maran ekoran ia akan memberi pembangunan dan faedah ekonomi secara menyeluruh di Pahang. – GAMBAR HIASAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 2021, kerajaan negeri Pahang mengumumkan akan membina sebuah lapangan terbang baharu di Gebeng, Kuantan. Dari segi lokasi dalam Wilayah Koridor Pantai Timur ( ECER) dan jarak dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuantan serta dari Mersing atau Endau, Johor mungkin seimbang atau hampir sama jauh.

Alasan lain yang lebih kukuh ialah ia berhampiran kawasan industri, Pelabuhan Kuantan, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) dan lain-lain. Barangkali juga alasan tanah kawasan Gebeng yang berbukitbukit sederhana tinggi dan rendah, sedikit berpaya dan tanah gambut maka dianggap sesuai untuk membina lapangan terbang sebagai satu cara tebus guna tanah paling menjimatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Rahim Muda berkata, pembinaan lapangan terbang tersebut adalah antara usaha terbaharu kerajaan negeri menjadikan Gebeng sebagai daerah perindustrian berpendapatan tinggi selain bersesuaian dengan status bandar raya diperoleh Kuantan pada 21 Februari lalu.

Pun begitu, wujud persoalan kenapa ia tidak dibina di daerah lain yang masih luas? Sekurang-kurangnya dapat memberi limpahan dan pemangkin kepada pembangunan yang sangat perlahan.

Sepatutnya negeri ini menerima dan menikmati agihan taburan pembangunan dan infrastruktur seimbang. Jadi, lebih baik lapangan terbang itu dibina di Maran. Ini
kerana daerah tersebut tidak terlalu dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan tidak terlalu hampir dengan Pangkalan Udara Kuantan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selain tidak terlalu jauh dari Kuantan sebagai ibu negeri. Sekurangkurangnya dapat memberi faedah kepada daerah berhampiran. Ini membolehkan pembangunan menyeluruh di seluruh Pahang.

Projek Kereta Api Laju Pantai Timur (ECRL) dijangka siap pada 2026 dan ia adalah kemudahan pengangkutan yang efisien untuk ke Lapangan Terbang jika di bina di Maran.-UTUSAN

CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya