Kita semua hanyalah pengembara di dunia

Kita semua hanyalah pengembara di dunia

HAKIKATNYA umat Islam dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak mengingati mati. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP manusia terutama umat Islam tentu sepakat bahawa tiada manusia yang akan hidup kekal di dunia.

Sejak zaman Nabi Adam hingga saat ini, tidak terhitung berapa ramai manusia yang telah meninggal dunia menghadap Ilahi.

Orang yang berakal tentunya berfikir bahawa hidupnya di dunia ini suatu saat boleh berakhir.

Segala yang dimiliki pun mahu tidak mahu perlu ditinggalkan, baik berupa harta, pangkat, kedudukan mahupun ahli keluarga tersayang.

Dalam pada itu, setiap makhluk yang bernyawa telah dijamin akan meninggal dunia dan proses kematian seseorang adalah berbeza-beza bergantung kepada amalan yang dilakukannya sepanjang hidup di dunia.

Soal waktunya pula telah ditegaskan bahawa sekiranya Allah SWT menetapkan ajal (batas waktu) setiap manusia, maka tidak mungkin dapat diundurkan atau dipercepatkan meskipun hanya sesaat.

Ketika Allah SWT telah menentukan ajal seseorang manusia, maka dia juga tidak akan dapat lari dan selamat daripada kenyataan tersebut, walaupun cuba menyembunyikan diri di tempat yang sangat aman bahkan berlindung di sebalik tembok sangat kukuh.

Hakikatnya, umat Islam dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak mengingati mati.

Bahkan Nabi SAW menyifatkan orang yang banyak mengingati mati sebagai cerdas kerana membuat persiapan untuk kehidupan setelah mati.

Para ulama menyenaraikan pelbagai manfaat mengingati mati. Pertama, seseorang akan segera bertaubat atas kesalahan dilakukan.

Kedua, orang yang banyak mengingati mati akan berasa lebih cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Ketiga, mereka yang banyak mengingati mati akan bersemangat mengumpulkan bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.

Pada hakikatnya, manusia hidup di dunia ibarat seorang pengembara yang sedang menempuh perjalanan yang jauh lalu berteduh sejenak di bawah pohon untuk beristirahat sebelum pergi meninggalkannya. – UTUSAN

MUHAMMAD FAHMI MD. RAMZAN, Pengasas Pusat Pengajian Abu Faqih Centre

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya