Kenyataan tin kosong masih mainan PH?

Kenyataan tin kosong masih mainan PH?

KERATAN akhbar 3 Mac 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu pada 3 Mac lalu dalam artikel terbitan Utusan Malaysia, bertajuk Pas sama juga pengkhianat.

Dalam artikel itu, jelas Mohamad atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Sabu tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijatuhkan melalui ‘pintu belakang Langkah Sheraton’ pada 24 Februari 2020.

Ketika ditanya wartawan tentang kemungkinan berbaik semula dengan Pas bagi memastikan kemenangan disebabkan kekalahan teruk PH, beliau berkata, Amanah terbuka untuk berbincang dengan Pas sekiranya parti Islam itu memberikan salam persahabatan.

Ini kerana dakwanya, Pas telah melakukan pengkhianatan besar sebelum ini dengan bersekongkol bersama golongan pengkhianat untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat melalui ‘Langkah Sheraton.’

Saya amat pelik dan hairan, rupa-rupanya masih ada lagi kenyataan bahawa tumbangnya kerajaan PH adalah semata-mata dikhianati. Bukankah kejatuhan tersebut sebenarnya disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka sendiri sehingga menyebabkan terbubarnya kerajaan PH?

Jadi, adakah ini bermakna kerajaan atau parti yang memerintah sekiranya secara jelas dan nyata telah melakukan kesalahan maka tidak wajar sama sekali ditumbangkan oleh mana-mana pihak? Adakah ia termaktub dalam Perlembagaan? Jika ya, mengapa PH tidak mempersoalkannya di mahkamah?

Justeru, janganlah meletakan kuasa politik sebagai permainan dan janganlah berhujah kosong dengan niat untuk menjatuhkan sesebuah parti ibarat lidah tidak bertulang.-UTUSAN

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya