Fitnah Aisyah bukti matangnya Rasulullah SAW

Fitnah Aisyah bukti matangnya Rasulullah SAW

KEWUJUDAN al-Quran tidak mampu dicabar mana-mana manusia sekali gus menjadi bukti ampuh menunjukkan kitab ini merupakan wahyu dan syariat yang kekal hingga ke akhir zaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SYAABAN adalah salah satu dari bulan haram yang perlu dihargai dan diperbesarkan menerusi ibadat puasa sunat dan ibadat lainnya.

Bulan yang mulia ini juga telah menyaksikan berlakunya peristiwa-peristiwa penting di dalam sejarah Islam. Antaranya ialah kisah fitnah terhadap keluarga Rasulullah SAW yang dinamakan dengan kisah al-Ifk.

Menerusi kisah ini, Allah SWT telah memuliakan Nabi dan keluarganya terutamanya Saidatina Aisyah Abu Bakar r.a dengan apa yang telah tercatat di dalam Surah an-Nur.

Kisah ini juga menunjukkan betapa kejinya perancangan golongan munafik di dalam menyebarkan fitnah terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW, sehingga Allah SWT menurunkan ayat 19 Surah an-Nur sebagai satu penghinaan kepada mereka:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”.

Saidatina Aisyah difitnah berdua-duaan bersama seorang sahabat Nabi bernama Sofwan bin Mu’attol ketika perjalanan pulang dari perang menentang Bani Mustaliq.

Namun, kejadian itu tidak menghalang Nabi untuk terus positif dan bersangka baik, dengan menasihati dan memberikan kekuatan kepada Saidatina Aisyah:

“Wahai Aisyah, aku telah mendengar berita mengenaimu, jika kamu tidak melakukannya Allah pasti akan menyucikan kembali nama dan maruahmu, sebaliknya jika engkau terlibat di dalam kesalahan tersebut, mintalah ampun dari Allah SWT”.

Ternyata setelah sebulan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 11-20 Surah an-Nur yang membebaskannya dari tuduhan ini, sekali gus memberi peringatan dan pengajaran iman yang begitu berkesan kepada umat Islam seluruhnya.

Hakikatnya, kitab al-Quran adalah kalam Allah SWT yang bukan dicipta oleh mana-mana manusia, khususnya Nabi SAW sendiri.

Al-Quran adalah dokumentasi wahyu yang diterima oleh baginda dari-Nya dan disampaikan dengan penuh amanah dan mutawatir dari satu generasi ke generasi seterusnya, sehinggalah ke hari ini. – UTUSAN

DR. MOHD. SHAHID MOHD. NOH, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya