Fasa endemik bukan bermakna rakyat selamat

Fasa endemik bukan bermakna rakyat selamat

PENGAMBILAN dos penggalak harus ditumpukan kepada warga emas terutama yang mempunyai penyakit kronik. – UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMUA gembira dengan pengumuman peralihan ke fasa endemik dari pandemik, sekali gus membayangkan betapa bencinya kita terhadap apa jua bentuk kekangan terhadap kehidupan terutama istilah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya, sebutan endemik secara spontan menimbulkan rasa senang dan lega. Istilah endemik semacam penawar yang ditunggu-tunggu bagi mewujudkan suasana lebih baik dan selamat.

Namun, jujurnya ia tidak semudah itu. Endemik mengikut Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Mike Ryan sebagai fasa yang tidak semestinya lebih selamat atau baik, selepas fasa pandemik.

Fasa endemik hanya bermaksud virus SARS CoV-2 itu kekal bersama kita. Tetapi ia tetap virus atau variannya masih boleh berjangkit, mencetuskan gejala serius dan boleh membunuh.

Agak ironis kerajaan menggagaskan peralihan ke fasa endemik pada ketika kes harian tidak menunjukkan isyarat untuk turun secara meyakinkan.

Justeru, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu lebih jelas serta tegas dengan langkah-langkah lain selain prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan ­fizikal.

Pertama, daripada cuba menekankan pengambilan dos penggalak kepada semua, KKM sewajarnya menumpukan suntikan itu kepada warga emas terutama yang mempunyai penyakit kronik.

Kedua, mengambil daripada pengalaman pengurusan gelombang Delta untuk mengurangkan kematian, penumpuan mesti diberikan kepada pesakit yang bergejala dengan lebih agresif dan serius.

Ketiga, memperkasa kapasiti kesihatan awam termasuk sumber tenaga manusia serta mempertingkatkan infrastruktur dan teknologi digital bagi mempercepat proses pengenalpastian penularan serta membendung wabak. – UTUSAN

DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya