BN menang kerana berlaku pecah undi - Utusan Malaysia

BN menang kerana berlaku pecah undi

PN beruntung kerana mendapat sokongan yang merentasi semua etnik ketika PRN Johor. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN pada permukaan, kelihatan seperti pengundi di Johor telah mengalihkan pilihan mereka kepada Barisan Nasional (BN) tetapi jika dilihat dengan lebih dekat keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Mac lalu membuktikan sebaliknya.

Pertama, adalah tidak adil untuk mengatakan BN memenangi majoriti pengundi Johor, kerana pada hakikatnya, mereka hanya mendapat 43.11 peratus undi popular.

Ia diikuti Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 24.04 peratus undi popular, Pakatan Harapan (PH) dengan 20.48 peratus, PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri sebanyak 5.93 peratus manakala parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan 3.46 peratus.

Ya, kemenangan adalah kemenangan, tetapi seseorang tidak boleh mengatakan kudanya berada di tempat kedua apabila hanya dua kuda mengambil bahagian.

Realitinya, bukan BN mendapat semula sokongan dalam kalangan pengundi, sebaliknya pembangkang yang kehilangan sokongan. Sokongan kepada PH adalah jauh berbanding zaman kegemilangan reformasi.

Angka tidak berbohong dan pada PRN Johor, hanya PN yang memperoleh peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu, Cina dan India.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sebenarnya yang mengekalkan bahagian undi mereka dari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

PN telah menembusi kawasan yang mempunyai banyak penyokong PH. Di 35 daripada 56 kerusi, undi PN yang digabungkan dengan PH jauh lebih besar daripada BN.

BN hanya mendapat faedah kerana berlaku perpecahan undi, tidak ada yang lain. Sebaliknya, PN beruntung kerana mendapat sokongan yang merentasi semua etnik dan ia memperoleh lebih kurang 33 peratus sokongan pengundi Melayu di Johor.

Satu lagi faktor yang dikaitkan dengan kemenangan BN adalah peratusan keluar mengundi yang rendah daripada 84.5 peratus pada 2018 kepada 54.9 peratus sahaja.

Ini mungkin disebabkan oleh kebimbangan yang timbul daripada pandemik Covid-19 dan juga sekatan yang dikenakan terhadap kempen.-UTUSAN

RIZALMAN HAMID KUSNAN, Johor Bahru

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya