Bimbang satu bilion manusia obes

Bimbang satu bilion manusia obes

ORANG obes adalah empat kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit darah tinggi. –AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINJAUAN Kebangsaan dan Mobiditi Malaysia (NHMS) pada 2019 mendapati kadar kegemukan dan obes adalah 30.4 peratus dan 19.7 peratus.

Jika digabungkan kedua-duanya, hampir separuh atau seorang dalam dua rakyat Malaysia mengalami kegemukan.

Di peringkat global, dijangkakan hampir satu pertiga daripada orang dewasa di seluruh dunia akan mengalami berat badan berlebihan dan lebih satu bilion menjadi obes menjelang 2025.

Kita sebagai sebahagian daripada masyarakat harus menjalankan tanggungjawab untuk memerangi obesiti dan mengubah gaya hidup ke arah lebih sihat.

Obesiti adalah pembunuh senyap yang menyebabkan perubahan metabolik dalam badan, membawa kepada penyakit tidak berjangkit dan pelbagai akibat buruk tanpa gejala.

Penyakit darah tinggi yang disebabkan oleh obesiti boleh membawa kepada komplikasi teruk seperti penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Kajian Garam Komuniti Malaysia 2017-2018 melaporkan, orang obes adalah empat kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit darah tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.

Oleh itu, mengekalkan berat badan yang sihat boleh membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko komplikasi penyakit darah tinggi.

Jadi, penurunan berat badan mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi yang disebabkan oleh obesiti.

Punca asas obesiti ialah ketidakseimbangan antara kalori yang diambil dan kalori digunakan. Oleh itu, pengambilan diet dan aktiviti fizikal kekal sebagai ciri utama dalam mendapatkan berat badan yang sihat.

Sebaiknya, makan secara sihat dengan mengurangkan kalori termasuk mengehadkan pengambilan tenaga daripada lemak dan gula, memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Banyakkan minum air kosong dengan enam hingga lapan gelas setiap hari. Lakukan lebih banyak aktiviti termasuk berjalan kaki singkat dan bersenam dengan intensiti sederhana secara kerap sekurang-kurangnya 150 minit seminggu. – UTUSAN

DR. YOONG LEE YEEN, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya