Arahan mansuh kuarantin dianggap tergesa-gesa?

Arahan mansuh kuarantin dianggap tergesa-gesa?

PESAKIT kanak-kanak dilaporkan mula memenuhi wad unit rawatan rapi (ICU) dewasa di hospital susulan peningkatan kemasukan kes Covid-19. – GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengatakan tidak lagi perlu kuarantin bagi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 seperti sebelum ini. Ia dilihat bertentangan dengan perkembangan varian Omicron yang mudah merebak serta dijangkiti.

Beberapa pengguna media sosial berkongsi pengalaman mereka dijangkiti virus berkenaan selepas lima hari atau tamat tempoh kuarantin (post Covid-19). Jadi, masih perlukah kerajaan tarik balik arahan kuarantin?

Malah kerajaan perlu faham, masih ramai lagi rakyat tidak bertanggungjawab yang bebas berada di luar mahupun ke pejabat walaupun merupakan kontak rapat. Malah ada juga yang bergejala tetapi masih degil ke tempat awam dan bekerja di pejabat.

Lebih parah, kontak rapat boleh pula bercuti menaiki penerbangan sehingga menyebabkan jangkitan kepada pihak lain. Ramai yang tidak mengemas kini status sebagai kontak rapat di aplikasi MySejahtera sekali gus menyebabkan mereka bebas bergerak tanpa sekatan.

Malah Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan kenyataan yang katil di wad unit rawatan rapi (ICU) dewasa di hospital kini menempatkan kanak-kanak yang memerlukan bantuan oksigen. Jadi, mengapa perlu tergesa-gesa keluarkan arahan baharu?

Sekarang pun sudah ramai mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam menyebabkan jangkitan Covid-19 semakin meningkat. Melihat kepada hujah-hujah ini, masih lagikah perlu tarik semula arahan kuarantin bagi kontak rapat?

Walaupun kerajaan memikirkan tentang ekonomi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan politik yang mahu orang ramai keluar mengundi nanti, namun jangan sampai membahayakan kesihatan orang awam.

Ya, mungkin ini salah satu cara untuk negara capai status endemik tetapi lihatlah juga gaya hidup masyarakat yang degil untuk terus mengamalkan SOP ditetapkan.

Segala peraturan atau arahan itu perlu dibuat selari dengan keperluan dan tahap kesihatan serta kebolehjangkitan terhadap rakyat. Tidak perlu tergesa-gesa mengeluarkan arahan baharu. Kekalkan arahan sedia ada untuk keselamatan rakyat.-UTUSAN

FITRI AHMAD, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya