Tolak kerja kerajaan sebab gaji rendah?

Tolak kerja kerajaan sebab gaji rendah?

PERANAN penjawat awam dalam memajukan serta menjayakan inspirasi kerajaan perlu diiktiraf dengan kadar gaji yang munasabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ADA benarnya kata-kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkaitan gaji penjawat awam yang masih berada di bawah garis kemiskinan sedangkan Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) menjelang 2025.

Penjawat awam memainkan peranan penting dalam kemajuan negara. Justeru, usaha dan kerja berat mereka harus diiktiraf dengan peningkatan kadar gaji.

Disebabkan itu, gesaan Adnan agar kerajaan meneliti semula tuntutan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang disifatkan tidak lagi relevan perlu segera diadakan. Langkah ini juga mengambil kira perkembangan kos sara hidup semasa. Tidak dina­fikan kos sara hidup meningkat saban tahun sehingga ada masanya kami ‘tersepit’ di tengah bulan.

Kerajaan harus pastikan kadar gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,800, barulah Malaysia boleh mencapai negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan isi rumah RM10,000 seperti dilancarkan pada 27 November tahun lalu.

Sehingga hari ini, penjawat awam dengan gred lantikan 19 masih memperoleh pendapatan di bawah RM2,000.

Bukan itu sahaja, sistem penggajian dan saraan yang tidak dikaji dan distruktur semula sejak 2002 menyebabkan penjawat awam menerima gaji rendah.

Disebabkan faktor ini, ramai anak muda tidak berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, sebaliknya berlumba-lumba mencari kerja di sektor swasta yang menjanjikan tangga gaji lebih berbaloi dan peningkatan tahunan tinggi.

Justeru, kerajaan perlu melihat faktor ini dan mengkaji serta mengambil tindakan cekap untuk membantu meringankan beban penjawat awam sekali gus menarik golongan muda untuk bekerja di sektor kerajaan.

Ia perlu dilakukan segera supaya sektor kerajaan tidak kekurangan tenaga kerja daripada golongan anak muda yang menjadi penentu masa depan negara.-UTUSAN

NAZ KHALID Bagan Serai, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya