Ramai sudah lupa penjarakan fizikal - Utusan Malaysia

Ramai sudah lupa penjarakan fizikal

KELONGGARAN yang diberikan oleh kerajaan bukan bermakna kita boleh mengabai SOP mencegah Covid-19. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JAMINAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, negeri dan daerah melegakan semua pihak.

Ia memberi harapan kepada orang ramai untuk pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina dan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada awal Mei akan datang.

Lebih menggembirakan apabila Perdana Menteri memberi jaminan tiada lagi sekatan ekonomi dan sektor-sektor industri dan perniagaan akan berjalan seperti biasa.

Bagaimanapun, rakyat jangan terlalu seronok dengan kelonggaran diberikan, lebih-lebih lagi apabila kes Covid-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Mereka yang pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa dan sanak saudara hendaklah benar-benar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Semua pihak harus ingat, ibu bapa di kampung sudah lanjut usia dan daya ketahanan mereka agak kurang untuk menangkis serangan virus itu.

Kalau ibu bapa dan saudara mara terkena jangkitan akibat bawaan anak menantu yang pulang dari kota, di mana ada keseronokan berhari raya.

Begitu juga dengan mereka yang terbabit secara langsung dalam aktiviti ekonomi termasuk perniagaan kedai makan, pengawasan ketat perlu dikenakan kepada pelanggan untuk mematuhi SOP.

Apa yang dilihat, terdapat kedai-kedai makan yang agak longgar dari segi kawalan ke atas pelanggan untuk mematuhi SOP. Amalan penjarakan fizikal seolah-olah tidak diberi perhatian lagi.

Masing-masing gembira makan minum hingga terlupa bahawa wabak itu masih belum berakhir di Malaysia.

Oleh itu, di sebalik kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat memasuki premis-premis perniagaan atau pulang beraya di kampung, pematuhan SOP tetap perlu diberi keutamaan.

RAMLI ISMAIL, Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya