Hikmah di sebalik malapetaka

Hikmah di sebalik malapetaka

APLIKASI penghantaran makanan dalam talian membolehkan industri restoran bertahan ketika Covid-19. – UTUSAN/MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PANDEMIK Covid-19 membawa malapetaka terbesar kepada industri makanan dan minuman di negara ini.

Antara 20 hingga 30 peratus restoran tutup perniagaan sejak wabak itu bermula pada awal 2020.

Walaupun terdapat pelbagai sekatan untuk makan secara terbuka di restoran sepanjang tempoh pandemik, kajian mendapati 50 peratus pelanggan masih mengekalkan keutamaan mereka untuk makan di luar.

Ini membuka ruang kepada pengusaha restoran dan gerai makanan menawarkan kaedah baharu agar terus bertahan dan pada masa sama memastikan keperluan pelanggan walaupun tidak makan di restoran.

Alternatif itu adalah menggunakan aplikasi penghantaran makanan dalam talian. Semasa pandemik, aplikasi terbabit membantu industri restoran dan katering bertahan.

Dalam pada itu, aplikasi sedemikian membolehkan pelanggan menganalisis kualiti perkhidmatan bermula dengan memesan dan berakhir dengan pengalaman terhadap kualiti penghantaran dan produk.

Malapetaka ini membolehkan kedai makan mengembangkan perniagaan ke platform digital dengan membolehkan pelanggan memesan makanan secara mudah dan menyediakan pelbagai pilihan.

Mencipta sistem atau aplikasi dalam talian mereka sendiri akan menyebabkan pelaburan modal yang besar.

Oleh itu, usahawan mikro dalam industri perkhidmatan makanan memilih mengguna pakai aplikasi mudah alih penghantaran makanan yang ada.

Aplikasi yang disediakan pihak ketiga membolehkan pelanggan meneroka menu, membuat pesanan dan menghantar makanan ke pintu rumah.

Pelanggan dimanjakan dengan pelbagai pilihan kerana mereka boleh memesan daripada banyak menu menggunakan satu aplikasi. – UTUSAN

Jelas sekali, landskap industri makanan di Malaysia telah berubah akibat Covid-19.

MOHAMMAD NOORIZZUDDIN NOOH, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya