Bersediakah hadapi gelombang kedua? - Utusan Malaysia

Bersediakah hadapi gelombang kedua?

KITA harus menyiapkan diri untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BELUM pun reda daripada wabak Covid-19, negara kita dikejutkan pula dengan banjir kilat di beberapa negeri pada hujung 2021.

Hujan lebat secara berterusan bukan sahaja menyebabkan banjir malah merosakkan infrastruktur dan beberapa nyawa turut menjadi korban. Dianggarkan lebih 71,000 mangsa terjejas dan sekurang-kurangnya 48 kematian direkodkan.

Meskipun beberapa tempat masih dalam fasa pasca pembersihan dan pemulihan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran gelombang kedua banjir mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk memastikan rakyat dan agensi berkaitan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan gelombang kedua termasuk mengerahkan pembersihan sungai, longkang serta memperbaiki jalan rosak.

Bagaimana pula dengan kita sendiri? Apakah kaedah kawalan kendiri yang boleh dilakukan oleh kita? Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh rakyat adalah peka dengan maklumat banjir termasuk mengikuti perkembangan pengumuman yang dihebahkan oleh MetMalaysia dari semasa ke semasa.

Sekiranya kita sedar perubahan cuaca, disarankan agar segera memindahkan barangan elektrik ke tempat lebih selamat untuk mengurangkan risiko kerosakan yang boleh berlaku.

Rakyat juga diingatkan menyimpan segala dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran, sijil nikah dan sebagainya di suatu tempat yang selamat.

Harus diingatkan, meskipun pelbagai langkah diambil oleh kerajaan dan rakyat, bencana ini bukanlah sesuatu yang boleh dijangka.

Oleh itu, kita harus menyiapkan diri untuk menghadapi apa jua cabaran mendatang.

NUR LAILATUL AZRINAH SALMAN, Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya